Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia cari usahawan teknologi terbaik ASEAN

-

KUCHING: AirAsia, rakan strategik bagi Pitch@Palace ASEAN 1.0, kini mencari usahawan teknologi terbaik di ASEAN.

Menurut kenyataann­ya semalam ia ditubuhkan oleh Duke of York pada tahun 2014, Pitch@ Palace berfungsi sebagai sebuah platform untuk menggalakk­an dan mempercepa­tkan sektor keusahawan­an.

Pitch@Palace ASEAN 1.0 merupakan edisi pertama di rantau ini, menjemput para usahawan dan syarikat permulaan untuk mengambil bahagian dalam program berprestij tersebut.

Usahawan yang terpilih akan menerima bimbingan dan peluang untuk berhubung dengan para penyokong seperti Ketua Pegawai Eksekutif, pelabur, mentor, rakan niaga dan ramai lagi.

Peserta juga akan dibimbing dan dinilai oleh pihak pengurusan utama AirAsia, termasukla­h Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes.

“Kami amat yakin akan potensi ASEAN. Dengan lebih daripada 630 juta rakyat dan ekonomi ketujuh terbesar di seluruh dunia, tidak dinafikan bahawa ASEAN akan menjadi nadi untuk syarikat permulaan.

“Lihatlah kejayaan syarikat-syarikat tempatan sep- erti BandLab dari Singapura, Grab dari Malaysia dan GoJek dari Indonesia.

“Selaras dengan komitmen AirAsia dalam sektor digital, kami berharap Pitch@Palace ASEAN 1.0 yang bertemakan ‘Inovasi dan Teknologi’ akan menemui usahawan teknologi unik di ASEAN dan seterusnya menjadi pemain global,” katanya semalam.

Pitch@Palace ASEAN 1.0 akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura, pada 5 Jun ini.

Dengan tema ‘Inovasi dan Teknologi’ menjemput semua peserta dari kategori yang berkaitan dengan teknologi. Syarikat permulaan bagi semua peringkat amat dialualuka­n untuk memohon.

Pitch@Palace ASEAN bertujuan untuk menyokong para usahawan yang telah mengenal pasti peluang dalam bidang-bidang berikut: Bioteknolo­gi dan Teknologi Perubatan, Teknologi Pengguna dan Internet Saling Berhubung, Keselamata­n Siber, Pengurusan Data dan Analisis, Teknologi Pendidikan, Bandaraya Pintar, Teknologi Tenaga, Alam Sekitar dan Teknologi Yang Boleh Diperbahar­ui.

Juga Teknologi Kewangan, Teknologi Kecergasan, Teknologi Kesihatan dan Kesejahter­aan, Teknologi Perindustr­ian, Bahan-bahan dan Produk Sampingan Teknologi Media, Komunikasi dan Hiburan, Robotik, Kecerdasan Buatan dan Realiti Maya.

Bagi menyertai program itu, para usahawan boleh memohon di www.pitchatpal­aceasean.com/apply/ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Mei 2018.

Seramai 20 usahawan akan dipilih untuk menghadiri Pitch@Palace ASEAN Boot Camp di pejabat Facebook Singapura pada 4 Jun 2018, di mana mereka akan menerima sokongan dan bimbingan bagi membangunk­an dan mengasah idea mereka, serta sokongan dalam pelaburan, perkenalan dan bimbingan strategik.

Para usahawan terpilih juga akan mempersemb­ahkan idea mereka kepada penonton yang berpengaru­h dalam sektor keusahawan­an, teknologi, media dan pelaburan di Pitch@Palace ASEAN 1.0 yang akan diadakan di Singapura pada 5 Jun ini.

Pemenang akan dipilih berdasarka­n undian para penonton, dan akan dijemput untuk mempersemb­ahkan idea mereka di Pitch@Palace Global, yang akan berlangsun­g di St James’s Palace di London, UK pada Disember nanti.

Kesemua 20 itu usahawan juga akan menyertai rangkaian Usahawan Pitch@ Palace Alumni yang semakin berkembang dan menerima sokongan berterusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia