Utusan Borneo (Sarawak)

Priceworth lantik penaja jamin untuk beli FMU5

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan perkayuan bersepadu, Priceworth Internatio­nal Bhd, telah melantik Am Investment Bank Bhd, RHB Investment Bank Bhd dan Mercury Securities Sdn Bhd sebagai pihak penaja jamin bersama bagi cadangan terbitan hak bernilai RM102.37 juta membabitka­n pembelian Unit 5 Pengurusan Hutan (FMU5).

FMU5 adalah konsesi pengurusan hutan lestari yang meliputi 88,820 hektar hutan Kelas 2 di hutan simpan Trus Madi, Sabah.

Dalam satu kenyataan kel- marin, Pengarah Eksekutifn­ya, Richard Koo berkata sokongan institusi kewangan itu hanya memaparkan lagi keyakinan terhadap syarikat itu serta rancangann­ya untuk mengambil alih FMU5.

“Sejajar dengan pelaksanaa­n langkah taja jamin itu, terbitan hak itu akan menjadi pusingan akhir bagi pengumpula­n wang di Malaysia bagi melepaskan debentur berbanding asetnya.

“Kami memanfaatk­an Priceworth sebagai langkah awal kumpulan untuk melancarka­n penyenarai­an di Bursa Singapura. Ini adalah sebahagian daripada proses untuk mengambil alih FMU5 yang turut membantu mengukuhka­n lagi kedudukan Priceworth,” katanya.

Priceworth juga akan mendapatka­n pendirian pemegang saham utamanya bagi langganan penuh bahagian mereka daripada baki 31.8 peratus dalam terbitan hak berkenaan.

Menurutnya, hasil daripada terbitan hak itu akan digunakan bagi mengurangk­an hutang kumpulan agar tidak melebihi RM40 juta.

Priceworth juga telah mengemukak­an cadangan untuk mengambil alih kawasan konsesi pembalakan bernilai RM433.8 juta itu pada RM260 juta.

Menurutnya, harga pembelian itu berkemungk­inan dikurangka­n lagi kepada RM235 juta sekiranya Priceworth memilih untuk melaksanak­an opsyen tunainya.

Priceworth merancang untuk membeli FMU5 menerusi anak syarikatny­a di Singapura, GSR Pte Ltd, yang akan turut mengambil alih Sinora Sdn Bhd iaitu sayap perusahaan papan lapis syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia