Utusan Borneo (Sarawak)

Lengkap kemudahan berorienta­sikan kekeluarga­an seperti gim, tempat barbeku, parkir tertutup dan kawalan keselamata­n 24 jam

-

KUCHING: Stutong Heights Apartment 3 adalah pangsapuri mampu milik yang dibina oleh pihak Ibraco Berhad.

Kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan yang berorienta­sikan kekeluarga­n seperti gim, tempat barbeku, tempat letak kereta tertutup dan kawalan keselamata­n 24 jam oleh Polis Bantuan terlatih daripada pihak Ibraco Berhad.

la terletak di kawasan Tabuan Jaya yang mendapat permintaan tinggi serta berada dalam lingkungan yang berhampira­n dengan kemudahan asas harian merupakan pilihan ideal bagi pembeli rumah kali pertama.

Pada 19 & 20 Mei 2018, Stutong Heights Apartment 3 akan mengadakan rumah terbuka untuk kunjungan orang ramai dengan satu unit contoh dan tiga unit Mock-up akan dibuka untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Unit contoh yang dipamerkan akan menunjukka­n cara terbaik bagaimana penggunaan ruang secara maksimum untuk mengekalka­n persekitar­an rumah secara kekeluarga­an bagi yang jauh dari kediaman asal.

la direka oleh seorang pereka hiasan dalaman terkenal di Kuching dari AT & A Home Ideas.

Unit Mock-up akan menunjukka­n keadaan asal pangsapuri yang lengkap dengan peralatan yang telah disediakan.

Pada hari rumah terbuka Stutong Heights Apartment 3, akan ada station makanan secara langsung yang menyajikan makanan ringan untuk tetamu yang berkeluarg­a membawa bersama anakanak, sementara itu untuk pembeli yang membeli unit Stutong Heights Apartment 3 bakal diberikan bonus tambahan iaitu skim pembayaran mudah dan berpatutan daripada pihak Ibraco sebagai pakej tambahan promosi bonus tunai diberi semasa berpindah masuk (Move In Cash Bonus).

Skim bonus tunai ini tertakluk kepada pembeli yang membeli unit pangsapuri semasa hari terbuka berlangsun­g sahaja dan hanya diberi semasa pembeli berpindah masuk ke unit tersebut.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftara­n orang ramai boleh menghubung­i pejabat lbraco 082-361111 atau melayari laman web www.lbraco. com serta Facebook Ibraco Berhad.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN RUANG: Gambar menunjukka­n antara sebahagian daripada ruang dalaman Stutong Heights Apartment 3.
SEBAHAGIAN RUANG: Gambar menunjukka­n antara sebahagian daripada ruang dalaman Stutong Heights Apartment 3.
 ??  ?? LENGKAP KEMUDAHAN: Gambar menunjukka­n kediaman Stutong Heights Apartment 3.
LENGKAP KEMUDAHAN: Gambar menunjukka­n kediaman Stutong Heights Apartment 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia