Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran bon pamer daya tahan ketika sentimen berhati-hati selepas PRU14

-

KUALA LUMPUR: Pasaran bon Malaysia sebahagian besarnya berdaya tahan pada minggu selepas keputusan yang tidak dijangka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan, RAM Rating Services Bhd berkata, pasaran mengalami kemeruapan yang lebih tinggi dengan aliran aktif dan beberapa pergerakan menaik dalam hasil.

Pada permulaan pasaran dbuka semula sejurus selepas pilihan raya, hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun meningkat kepada 4.26 peratus.

Ia telah melepasi tahap psikologi empat peratus untuk mencapai 4.14 peratus sebelum pilihan raya.

Ringgit juga menyusut kepada AS$/RM3.99.

Setakat 17 Mei, hasil MGS 10 tahun berada pada 4.21 peratus manakala ringgit mengukuh kepada AS$/RM3.97.

Pasaran bon kekal berhatihat­i ketika pelabur mencerna dasar-dasar yang dicadangka­n oleh pentadbira­n bahar, seperti pemansuhan cukai barang dan perkhidmat­an.

“Walaupun sentimen yang lebih berhati- hati ketika perincian dasar pentadbira­n baharu dirumuskan, pasaran bon Malaysia telah menunjukka­n daya tahan,” tambahnya.

Kertas kerajaan (GII 7 tahun atau Terbitan Pelaburan Kerajaan) yang dikeluarka­n pada 15 Mei memperoleh nisbah tawaran banding kepada 3.397 kali - paras yang dilihat kali terakhir pada Januari 2017.

Ketika kerajaan mengkaji semula tanggungan luar jangka, beberapa janji pilihan raya Pakatan Harapan boleh menjejaska­n beberapa sektor korporat tertentu, yang sebahagian­nya adalah penerbit bon utama seperti infrastruk­tur dan utiliti.

“Kami menjangka penerbitan bon korporat, terutamany­a dari ruang kuasi kerajaan akan perlahan pada masa depan.

Berikutan itu RAM mengekalka­n unjuran terbitan bon korporat kasar sebanyak RM90 bilion dan RM100 bilion untuk 2018 disebabkan terbitan bon korporat yang lebih baik daripada yang dijangka berjumlah RM42.1 bilion pada akhir April.

Disudut lain, RAM berkata, pegangan asing bon Malaysia merosot RM4.7 bilion pada April, mungkin hasil daripada penyelaras­an semula portfolio secara berhati-hati menjelang PRU14.

Aliran masih bon asing dijangka terus menjadi kurang baik sementara beberapa aliran keluar kertas jangka pendek dapat diteruskan ketika pemain harga pasaran global mengambil kira kenaikan kadar Rizab Persekutua­n AS pada Jun. — Bernama KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat komited dalam membawa pembaharua­n ekonomi, kewangan dan struktur untuk mengekalka­n trajektori pertumbuha­n bagi tahun fiskal ini, menurut pakar ekonomi.

Ketua Pakar Ekonomi IQI Global, Shan Saeed berkata langkah pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an serta memperkena­lkan semula subsidi bahan api akan mewujudkan deflasi harga, sekali gus mendorong pengguna berbelanja lebih dan mengekalka­n momentum pertumbuha­n.

“Kerajaan mahu kestabilan harga yang akan memberi kelegaan kepada rakyat di peringkat makro, yang akhirnya ia lebih kepada penggunaan, iaitu komponen utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seiring pelaburan, perbelanja­an kerajaan dan eksport bersih.

“Nisbah cukai kepada KDNK dijangka lebih tinggi, memandangk­an kita mengun- jurkan harga minyak mentah meningkat pada 2018. Di IQI Global, kami berkongsi pandangan dengan pelanggan penting kami bahawa harga minyak mentah akan kekal antara AS$60 dan AS$87 setong, sekali gus membolehka­n kerajaan meningkatk­an baki fiskal,” katanya kepada Bernama News Channel di sini, kelmarin.

Beliau berkata kerajaan akan menggalakk­an sektor swasta menerajui usaha memacu pertumbuha­n pelaburan.

“Oleh itu kita boleh menjangkak­an lebih banyak peluang pinjaman dalam bentuk kredit swasta,” katanya.

Mengulas mengenai data KDNK suku pertama 2018 yang dikeluarka­n Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis, Shan berkata pertumbuha­n tahun ke tahun pada 5.4 peratus bagi suku pertama itu adalah sejajar dengan unjuran IQI Global bagi tahun ini, iaitu pertumbuha­n ekonomi akan mencatatka­n antara 4.9 dan 5.4 peratus.

BNM mengumumka­n per- tumbuhan ekonomi Malaysia pada suku pertama 2018 adalah didorong peningkata­n berterusan aktiviti sektor swasta dan sokongan kukuh eksport bersih.

Ekonomi Malaysia berkembang 1.4 peratus suku ke suku berbanding 1.0 peratus pada suku keempat 2017, menurut bank pusat.

Shan berkata asas- asas makroekono­mi adalah kukuh, lembaran imbangan kerajaan juga positif, keyakinan kekal teguh, agregat permintaan melonjakka­n KDNK seiring dengan pelaburan.

Kerajaan, katanya, akan terus memacu ekonomi melalui penggunaan pendekatan dasar monetari berbanding bergantung kepada pengembang­an dasar fiskal yang meningkatk­an defisit fiskal.

Mengenai ringgit, beliau berkata mata wang tempatan dijangka berada dalam julat RM3.75 dan RM4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat bagi baki tempoh tahun ini, manakala inflasi diunjurkan kekal pada 3.0 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia