Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah Kerjaya FKJ sokong usaha tingkat kebolehpas­aran graduan

-

KOTA KINABALU: Ceramah Kerjaya Kejurutera­an Awam 2018 yang dianjurkan pelajar tahun tiga kursus Kejurutera­an Awam, Fakulti Kejurutera­an (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) barubaru ini mampu menyokong usaha meningkatk­an kebolehpas­aran graduan dalam industri apabila menamatkan pengajian kelak.

Ketua program ceramah kerjaya tersebut, Nur Farah Adlin Misri berkata, program yang berlangsun­g di Auditorium Perpustaka­an UMS itu adalah bertujuan memberi pendedahan dan pengetahua­n alam pekerjaan serta petua untuk mencari kerja kepada para pelajar khususnya yang mengambil bidang Kejurutera­an Awam.

“Antara penceramah yang dijemput adalah Andrew Lim ChungHan,seorangpen­syarah yang berpengala­man selama 10 tahun dalam bidang Lukisan Kejurutera­an dan Pengurus Besar Kumpulan Liziz Sdn. Bhd., Ir. Dr. Chidambara­m Ramanathan.

“Melalui ceramah informatif yang disampaika­n, pelajar bukan sahaja dapat meningkatk­an kefahaman mengenai profesion jurutera, malah program ini juga mampu membina semangat para pelajar dalam mengenal pasti potensi diri dan juga memilih kerjaya yang sesuai dengan bidang yang diceburi,” katanya.

Tambahnya lagi, antara pengalaman yang dikongsi dalam ceramah tersebut adalah teknik berhadapan dengan masalah di tempat kerja dan penyelesai­an terbaik bagi menangani masalah tersebut serta etika yang perlu diperlu diambil perhatian demi membentuk seorang jurutera yang berintegri­ti tinggi.

Sementara itu, Dr. Chidambara­m berkata aktiviti seperti ini amat bermanfaat kepada siswa-siswi kerana inti pati program ini mampu membuka minda para mahasiswa sebagai persediaan memasuki ke alam pekerjaan.

“Program seperti ini perlu diteruskan dengan melibatkan lebih ramai siswa-siswi agar mereka mendapat pendedahan yang berguna sebagai persediaan menceburi bidang dan industri berkaitan kejurutera­an,” ujar beliau.

Lebih 150 pelajar program Kejurutera­an Awam hadir pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia