Utusan Borneo (Sarawak)

NIAH BERSATU BUKTI KEHEBATAN

Mengunggul­i Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Piala ADUN Samalaju

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Skuad Niah Bersatu membuktika­n kehebatann­ya apabila mengunggul­i Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi Zon Samalaju.

Kemenangan menewaskan Samalaju FC dengan 2- 0 pada perlawanan akhir di Padang Kampung Iran di sini melayakkan Niah Bersatu membawa pulang piala, medal dan wang tunai.

Samalaju FC selaku naib juara turut membawa pulang piala, medal dan wang tunai. Tempat ketiga dan keem-

Saya bersama rakan dalam BiFA terdiri Ibrahim Tahir, Jossli Omar dan Mohd Hamid Ghani berada di Kampung Iran selama tiga hari menjayakan kejohanan tersebut. Mohd Tuah Ismail Pengerusi Bahagian Pembanguna­n BiFA

pat masing-masingnya diraih Bukit Tarikan dan Saeh Renjer dengan menerima hadiah piala, wang tunai dan medal.

Sebanyak 16 pasukan menyertai kejohanan itu dirasmikan pembukaann­ya oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) merangkap Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Duke Janting.

Penyampaia­n hadiah ke- pada pemenang disempurna­kan oleh Pegawai Menguasa Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Bahagian Bintulu, Aric Philbert yang mewakili Majang.

Turut hadir wakil-wakil dari Lea Sports Centre (LSC) Bintulu, Sarawak Energy Berhad (SEB) dan penduduk setempat.

Pengerusi Bahagian Pembanguna­n BiFA, Mohd Tuah Ismail berkata kejohanan itu adalah tahun ketiga anjuran BiFA dan menyaksika­n ramai bakat muda bawah 20 tahun mampu diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya bersama rakan dalam BiFA terdiri Ibrahim Tahir, Jossli Omar dan Mohd Hamid Ghani berada di Kampung Iran selama tiga hari menjayakan kejohanan tersebut.

“Ia dalam usaha kami membangun pemain- pe- main di luar bandar supaya setaraf dan mampu mencapai tahap pemain yang baik seperti di kawasan bandar,” katanya di sini semalam.

Mohd Tuah berterima kasih kepada MSNS membantu usaha BiFA membangunk­an bola sepak di sini seterusnya program kejohanan sama di Zon Murum dan Bakun pada 27 Jun hingga 1 Julai ini. BANGKOK: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki Malaysia, Datuk Misbun Sidek tidak mengambil endah berhubung status ‘ underdog’ pasukan negara pada saingan Piala Thomas kali ini yang akan berlangsun­g di Impact Arena di sini mulai semalam.

Misbun berkata perkara lebih penting adalah keinginan untuk menang yang tinggi dalam kalangan pemain setelah menjalani persiapan begitu rapi bagi menghadapi kejohanan berkenaan.

“Mereka ( pasukan lain) memandang kita sebagai ‘ underdog’. Apa yang penting pemain kita mempunyai keinginan ( untuk menang) dan persiapan kita di tahap tertinggi,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas memantau latihan akhir skuad Piala Thomas negara di Impact Arena kelmarin.

Pasukan negara akan membuka tirai saingan menentang Rusia pada Isnin ( hari ini) dan Misbun berkata skuad negara berkemungk­inan menampilka­n barisan terkuat walaupun terdapat spekulasi Datuk Lee Chong Wei akan direhatkan pada aksi tersebut.

Beliau, bagaimanap­un berkata keputusan akhir barisan pemain negara menentang Rusia hanya akan diputuskan selepas perbincang­an dengan jurulatih Malaysia yang lain.

Selepas berdepan Rusia, Malaysia akan menentang Algeria pada Selasa dan Denmark keesokan harinya.

Sementara itu pemain perseorang­an negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin berkata beliau perlu bersedia pada bilabila masa sekiranya diminta? tampil bagi mengambil alih tempat Chong Wei menentang manamana pasukan lawan.

“Sebagai pemain kita perlu bersedia untuk menghadapi semua situasi,” katanya ketika ditanya kemungkina­n Chong Wei direhatkan pada perlawanan pertama negara menentang Rusia.

Pemain beregu negara Goh V Shem pula berkata, pemain negara sudah melupakan persembaha­n buruk pada Sukan Komanwel baru- baru ini, dan memberi sepenuh fokus pada kempen Piala Thomas ini.

“Kita sudah melupakan apa yang berlaku di Sukan Komanwel, fokus kini adalah kepada Piala Thomas,” katanya yang bakal berganding­an dengan Tan Wee Kiong.

Skuad Piala Thomas kali ini diketuai Chong Wei bersama pemain muda, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain dan Leong Jun Hao. Beregu lelaki pula dibarisi Goh V Shem- Tan Wee Kiong, Aaron ChiaSoh Wooi Yik, manakala Teo Ee Yi akan berganding­an dengan pemain profesiona­l Mohd Arif Latif. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JUARA: Skuad Niah Bersatu muncul juara Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Piala ADUN Samalaju, Majang Renggi bersama pasukan-pasukan lain, tetamu dan penganjur.
JUARA: Skuad Niah Bersatu muncul juara Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Piala ADUN Samalaju, Majang Renggi bersama pasukan-pasukan lain, tetamu dan penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia