Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda Dayak digalak kenali seni warisan budaya bangsa sendiri

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang menggalakk­an golongan muda Dayak yang tinggal di bandar mengenali seni warisan budaya bangsa mereka sendiri.

Jelas Mong, seni warisan budaya seperti tarian ngajat, berpantun, kuntau ( seni mempertaha­nkan diri) serta seni- seni yang lain perlu dipertahan­kan.

“Kita jangan terlalu leka dengan kemajuan di bandar terutama kemajuan teknologi sehingga kita asyik dengan telefon setiap masa.

“Kenali dan dalami seni warisan budaya yang menjadi identiti bangsa kita,” katanya padaMajlis­PerasmianP­ersatuan NGASI Sarawak dan Sambutan Gawai 2018 di sebuah restoran di sini malam kelmarin.

Pada majlis tersebut, Mong memuji NGASI Sarawak yang telah melaksanak­an banyak program serta inisiatif berkaitan seni warisan budaya Dayak terutama Iban.

Katanya, NGASI Sarawak yang baharu ditubuhkan telah berjaya menarik pembabitan golongan muda dalam aktiviti yang dianjurkan mereka.

Selain menggalakk­an golongan muda mengenali seni warisan budaya mereka, Mong juga menggalakk­an mereka bertutur dalam bahasa Iban sesama mereka.

“Kita mesti bertutur menggunaka­n bahasa bangsa kita sendiri supaya kita dapat memperkuku­hkan lagi bahasa Iban,” katanya.

Dalam pada itu NGASI Sarawak telah mengadakan banyak program pada tahun lepas, antaranya kelas belajar ngajat, gendang pampat serta banyak lagi program budaya yang lain.

Ahli- ahli kebudayaan NGASI Sarawak juga pernah dijemput membuat persembaha­n ngajat pada majlis rasmi yang dianjurkan di Kuching, Samarahan dan Serian.

Majlis pada malam itu turut dihadiri ahli-ahli Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), Gagasan Anak Dayak Sarawak ( GADS), SERABAN, Kelab Rekreasi Entangor, Taman Landeh Siol Kandis serta yang lain.

Turut hadir, pembantu khas Menteri Muda Industri dan Pelaburan Jack Meradan, PresidenNG­ASISarawak­AjatSumoh, Ketua Pemuda SDNU Churchill Drem, Ketua Gawai Kunyu Mugang serta yang lain.

 ??  ?? RASMI: Mong (empat kanan) memukul gong sebagai simbolik perasmian Persatuan NGASI Sarawak dan Sambutan Gawai 2018. Turut kelihatan (dari kanan), Churchill, Ajat dan Jack.
RASMI: Mong (empat kanan) memukul gong sebagai simbolik perasmian Persatuan NGASI Sarawak dan Sambutan Gawai 2018. Turut kelihatan (dari kanan), Churchill, Ajat dan Jack.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia