Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis berbuka puasa Ancasa Royale Pekan bersama anak yatim

-

PEKAN: Syarikat pembanguna­n hartanah terkenal negara, UDA Holdings Berhad (UDA) meraikan anak yatim daripada Sekolah Kebangsaan Sri Maulana di sini pada majlis berbuka puasa di hotel miliknya Ancasa Royale Pekan.

Pada majlis berkonsepk­an ‘Kampung Boy’ itu, sebanyak 50 anak yatim berkenaan turut menerima sumbangan pakaian hari raya dan wang tunai.

Sebanyak 500 bekas bubur lambuk turut diedarkan kepada orang ramai sebelum majlis berbuka berlangsun­g. Program itu dimeriahka­n oleh kehadiran penduduk setempat yang turut berganding bahu membantu menyiapkan bubur lambuk berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan UDA, Ahmad Tajuddin Mohamed berkata program amal bersama golongan kurang bernasib baik merupakan acara tahunan syarikat itu yang antara lain bertujuan mengukuhka­n hubungan dengan masyarakat.

“Selain itu, pertemuan dengan pelanggan mewujudkan peluang dan ruang untuk memperkena­lkan produk- produk hartanah UDA kepada masyarakat umum,” katanya.

Katanya Ancasa juga akan terus bekerjasam­a dengan pihak berwajib dalam mempromosi tarikan pelanconga­n di negeri Pahang. — Bernama MELAKA: Rakyat Melaka digesa menderma darah di Tabung Darah, Hospital Melaka di sini bagi memastikan bekalan darah mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan khususnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan negeri Low Chee Leong berkata bekalan darah di Tabung Darah berada pada tahap 1,700 beg dan jumlah itu perlu ditambah dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan stabil serta mencukupi.

“Jika jumlah tersebut mencecah 1,000 beg darah, keadaan akan menjadi agak membimbang­kan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Bazar Ramadan, Jalan Hang Tuah di sini, malam kelmarin.

Beliau meminta pihak badan bukan kerajaan (NGO) membantu dalam menganjurk­an program derma darah.

Sementara itu, katanya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) perlu membuat perancanga­n lebih rapi dalam menguruska­n Bazar Ramadan kerana beliau menerima banyak aduan daripada peniaga mendakwa kerugian akibat khemah yang dipasang bocor dan barangan basah apabila hujan lebat.

Low berkata harga khemah yang ditawarkan di bazar berkenaan juga terlalu mahal selain dilihat menyukarka­n peniaga kecil, justeru MBMB diminta segera menurunkan harga khemah seperti yang diarahkan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari barubaru ini.

“Saya dimaklumka­n setakat ini hanya Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya sahaja yang telah mengambil langkah awal menurunkan harga khemah seperti yang diarahkan ketua menteri,” katanya.

Beliau berkata isu berkenaan akan dirujuk kepada Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew dan dibangkitk­an dalam mesyuarat Exco minggu depan untuk perbincang­an lanjut.

Katanya terdapat 135 khemah di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah dan sewa yang dikenakan antara RM2,000 ke RM6,500 bergantung kepada saiz khemah dan lokasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia