Utusan Borneo (Sarawak)

Pertarunga­n di Kuala Lumpur penentu masa depan Pacquiao

-

KUALA LUMPUR: Legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao menyifatka­n pertarunga­n berdepan Lucas Matthysse di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur pada 15 Julai depan adalah penting dalam menentukan masa depan kariernya.

Peninju berusia 39 tahun itu berkata beliau perlu mengerah segala kudratnya menentang peninju hebat seperti Matthysse dalam kategori Welterweig­ht Persatuan Tinju Dunia ( WBA) itu, terutamany­a untuk meyakinkan peminat dan pengkritik selepas k e k a - l a h a n mengejut kepada peninju dari Australia Jeff Horn dalam pertarunga­n terakhirny­a pada Julai tahun lepas. “Pertarunga­n ini sangat penting kerana bakal menjadi penentu dalam aksi saya dalam tinju pada masa hadapan,” kata peninju dengan jolokan ‘PacMan’ itu. “Saya perlu menampilka­n aksi terbaik dan meyakinkan semua orang bahawa saya masih berkemampu­an meneruskan saingan ini dan mampu menjuarai kejohanan tersebut. “Pertarunga­n ini satu cabaran yang besar kerana saya dianggap sebagai pencabar terhadap kejuaraan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di Filipina. Senator Filipina itu merupakan s a t u - s a t u n y a juara dunia bagi kesemua lapan divisyen, dengan 11 kejuaraan utama, dan sudah memenangi 59 (38 knockout) daripada 68 pertarunga­n dalam kariernya.

Beliau hanya seri dua kali dan mengalami tujuh kekalahan (tiga KO) dalam pertarunga­n sebelum ini.

Sementara peninju kelahiran Argentina, Matthysse, yang diberi jolokan ‘The Machine’ mempunyai trek rekod 39 kemenangan (36 KO) berbanding empat kekalahan (satu KO).

Matthysse, 35, merangkul tali pinggang WBA selepas menewaskan peninju Thailand, Teerachai Sithmorsen­g pada Januari lepas.

Peninju kelahiran Bukidnon ( wilayah Mindanao Utara), Pacquiao mengakui dia tidak merasakan berada jauh daripada kampung halaman untuk pertarunga­n dianggap ‘terbesar di Malaysia’ itu sejak aksi melibatkan Muhammad Ali-Joe Bugner pada Julai 1975.

“Sebagai negara berjiran, saya amat mengenali Malaysia dan rakyat Malaysia. Selain itu, kita mempunyai cuaca sama dan saya merasakan seperti berada di kampung halaman ketika di Malaysia,” kata Pacquiao yang kali terakhir berada di Malaysia bulan lepas, bagi menghadiri sidang media dan jelajah media mengenai pertarunga­n tersebut. — Bernama

 ??  ?? PACQUIAO
PACQUIAO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia