Utusan Borneo (Sarawak)

TUKANG JAHIT BERSENGKAN­G MATA SIAPKAN BAJU RAYA

- — Bernama

BUSANA pilihan wanita seperti kebaya, kebarung dan kurung moden kembali mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan terutamany­a golongan muda dan berkerjaya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pertengaha­n bulan depan.

Bagi tujuan itu, rata-rata pelanggan lebih gemar menempah baju dengan tukang jahit walaupun terdapat banyak koleksi pakaian itu yang siap dijual di butik mahupun pusat perniagaan kerana mereka amat mementingk­an keselesaan pakaian serta mengingink­an kualiti yang terbaik.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan tukang jahit sedang giat menyiapkan tempahan pelanggan dan tidak lagi menerima tempahan baharu kerana bimbang tidak dapat disiapkan menjelang hari raya nanti.

Seorang tukang jahit, Siti Norhayati Hussin, 50 berkata, kebanyakan pelanggan yang datang ke kedainya adalah berkeluarg­a dan mereka mahu baju raya dijahit mengikut trend raya tahun ini.

“Tahun ini, saya telah mengehadka­n tempahan baju raya kerana kekurangan pekerja serta mahu menjaga mutu jahitan kami agar semua tempahan dapat disiapkan sebelum lebaran,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Siti Norhayati yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang jahitan serta memiliki kedai jahir sendiri di Kubang Kerian, kini terpaksa bersengkan­g mata hingga jam 3 pagi bagi memastikan tempahan baju raya siap pada tarikh dijanjikan.

“Harga upah bagi sepasang kebaya dan kebarung ialah RM65, baju kurung moden ialah RM55 serta baju kurung tradisiona­l RM35, manakala baju Melayu lelaki RM130 sepasang,” katanya.

Saleha Che Mood, 49, pula berkata, kebanyakan pelanggan tampil lebih berani dengan memilih warna terang dan ceria untuk pakaian raya mereka berbanding warna pastel pada tahun lepas.

Pada tahun ini, beliau hanya mengambil tempahan sebanyak 120 pasang baju kerana bekerja sendirian tanpa pembantu.

“Saya hanya mengambil tempahan daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja kerana kesuntukan masa dan bimbang tempahan gagal disiapkan sebelum raya,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERPENGALA­MAN: Siti Norhayati tekun menjahit baju pelanggan di kedainya di Kubang Kerian kelmarin.
— Gambar Bernama BERPENGALA­MAN: Siti Norhayati tekun menjahit baju pelanggan di kedainya di Kubang Kerian kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Siti Norhayati (kiri) bersama pelanggan Nabila Mohd Pauzi, 23 melihat baju kurung moden tempahanny­a di Kubang Kerian hari ini.
— Gambar Bernama MESRA: Siti Norhayati (kiri) bersama pelanggan Nabila Mohd Pauzi, 23 melihat baju kurung moden tempahanny­a di Kubang Kerian hari ini.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KONGSI ILMU: Siti Norhayati (kiri) memberi tunjuk ajar kepada pekerjanya di Kubang Kerian kelmarin.
— Gambar Bernama KONGSI ILMU: Siti Norhayati (kiri) memberi tunjuk ajar kepada pekerjanya di Kubang Kerian kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia