Utusan Borneo (Sarawak)

PENYERTAAN ACARA GOLF BERPRESTIJ DIBUKA

Juara bertahan dijangka beraksi pada Kejohanan Golf Grand Sarawak dari 20 hingga 22 Julai

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Peminat golf dipelawa untuk menyertai temasya berprestij, Kejohanan Golf Grand Sarawak Ke-5 2018 yang akan diadakan di Damai Golf and Country Club ( DGCC), Santubong dari 20 hingga 22 Julai depan dengan penyertaan kini telah dibuka.

Pengurus Besar DGCC Roslan Mohd Salleh ketika mengumumka­n perkara itu semalam memberitah­u, juara bertahan dalam kategori lelaki dan wanita, Mohd Lokman Mustaffa dan Zulaikah Nurziana Nasser juga dijangka turut serta dalam acara tiga hari itu.

“Penyertaan untuk acara berprestij kini sudah dibuka dan kami menggalakk­an mereka yang berminat supaya mendaftar awal,” katanya mengenai acara yang akan diadakan di DGCC untuk tahun kedua berturut-turut.

“Kami juga optimistik pemenang tahun lepas, Mohd Lokman dan Zulaikah Nurziana akan mengambil bahagian demi mempertaha­nkan gelaran masing-masing,” kata Roslan mengenai senarai pemain golf tempatan yang akan bertanding bagi merebut Piala Pusingan Pehin Sri Datuk Patinggi Adenan Satem dalam kategori lelaki dan Piala Pusingan Puan Sri Dato Hajah Jamilah Anu dalam kategori wanita.

Menurutnya lagi, tarikh tutup penyertaan pada 13 Julai dan format kejohanan adalah berdasarka­n permainan ‘strok’ selama tiga pusingan 18 lubang pada setiap hari pertanding­an dan tertakluk kepada keputusan jawatankua­sa penganjur sekiranya berlaku keadaan yang menjadikan permainan 54 lubang tidak boleh dilaksanak­an.

Seramai 36 peserta yang terbaik dengan skor kasar terendah dalam 36 lubang pertama akan melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan diadakan pada 22 Julai.

Kejohanan ini terbuka kepada para pemain golf lelaki dan wanita yang mempunyai indeks handikap terkini NHS/USGA 13.2 (handikap kelab 14) dan bawah untuk kategori lelaki dan 34.9 (handikap kelab 36) dan bawah untuk kategori wanita.

Selain Kejohanan Golf Sarawak Grand ke-5 2018, DGCC juga menjangkak­an ramai pemain golf tempatan termasuk dari negeri-negeri lain melawat kelab itu untuk Kejohanan Golf Grand Charity 2018 yang dijadual berlangsun­g selepas Ramadan serta Kejohanan Golf Piala Pengerusi SEDC 2018.

Di samping itu juga, kelab itu akan menganjurk­an Pertanding­an Golf Arnold Palmer Classic 2018, Ke- johanan Golf Antara Kelab Sarawak 2018, Piala SGA Sabah- Sarawak 2018 dan Kejohanan Golf Masters Damai 2018.

Sementara itu, sambutan terhadap Pertanding­an Golf Bulanan Escalation Medal DGCC untuk bulan Mei ini amat menggalakk­an dengan 60 peserta telah mengambil bahagian di mana kategori ‘ Gross’ dimenangi Nazrul Iman Nasaruddin mana-

Penyertaan untuk acara berprestij kini sudah dibuka dan kami menggalakk­an mereka yang berminat supaya mendaftar awal. Roslan Mohd Salleh Pengurus Besar DGCC

kala Abang Madzlan Abang Adenan memenangi kategori ‘nett’.

Nazrul Iman menduduki tempat pertama dalam kategori ‘gross’ dengan 78 pukulan manakala Awang Madzelan berada di tempat kedua dengan 85 pukulan dan tempat ketiga diduduki oleh Reta Bujang.

Khalid Hamid menduduki tempat keempat dengan 87 pada kedudukan manakala Awang Sani Seruji berada di kedudukan keenam.

Abang Madzlan memenangi kategori ‘nett’ dengan 65 pukulan sementara Mohd Jais Daud berada di tempat kedua dengan 68 pukulan dan tempat ketiga diduduki oleh Zulkarnain Rosli dengan 70 pukulan.

Dalam kategori tetamu undangan, Dato’ Kho Kak Beng muncul pemenang selepas dia mendapat 70 pukulan manakala Dato’ Ngieng Ping Wei menduduki tempat kedua selepas ketinggala­n satu pukulan.

Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), Edwin Abit menduduki tempat ketiga dengan 72 pukulan manakala Presiden Persatuan Golf Sarawak ( SGA), Hoan Kee Hock berada di tangga keempat dengan 77 pukulan.

 ??  ??
 ??  ?? RAI BERSAMA: Para pemenang Pertanding­an Golf Pertanding­an Golf Bulanan Escalation Medal edisi Mei bersama hadiah masing-masing yang disampaika­n Edwin Abit (enam kiri) dan Roslan (lima kanan).
RAI BERSAMA: Para pemenang Pertanding­an Golf Pertanding­an Golf Bulanan Escalation Medal edisi Mei bersama hadiah masing-masing yang disampaika­n Edwin Abit (enam kiri) dan Roslan (lima kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia