Utusan Borneo (Sarawak)

Ternak lebah kelulut digalak

Borneo Stingless Bee Sdn Bhd akan bantu pengusaha dari segi teknologi, hasilkan madu berkualiti pasaran antarabang­sa

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Borneo Stingless Bee (BSB) Sdn Bhd, sebuah syarikat utama dalam industri madu kelulut yang bekerjasam­a dengan kerajaan negeri kini menyasar untuk menarik sebanyak 1,000 keluarga di seluruh Sarawak terlibat dalam penternaka­n lebah kelulut.

Pengarahny­a Tan Chun Chuang berkata, bagi memenuhi keperluan pasaran madu kelulut antarabang­sa yang kini memerlukan lebih kurang 50 tan metrik sebulan.

Beliau menambah, pihaknya juga akan membantu pengusaha madu kelulut dari segi teknologi dan cara untuk menghasilk­an madu yang berkualiti bagi pasaran antarabang­sa.

“Kami mahu memperting­katkan lagi kutipan madu kelulut daripada petani tempatan dengan membelinya pada harga RM80 sekilogram.

“Ini boleh memberi penda- patan kepada mereka di mana jika sebuah keluarga boleh menghasilk­an 50 kilogram madu sebulan, maka pendapatan mereka adalah RM4,000 sebulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan kerajaan negeri bagi memperting­katkan industri madu kelulut di Sarawak.

Menandatan­gani MoU tersebut bagi pihak kerajaan negeri ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Dr Alvin Chai Lian Kuet yang turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Menjelaska­n dari segi pemasaran, Tan berkata, setakat ini pihaknya mengekspor­t madu kelulut ke China, Hong Kong, Korea dan Timur Tengah.

Sehubungan itu katanya, ia membuka peluang kepada Sarawak untuk turut menjadi pengeluar madu kelulut di mana pada masa ini, hanya terdapat lebih 200 pengusaha kelulut di seluruh negeri.

Beliau menambah, kebanyakan penduduk yang terlibat dalam penternaka­n kelulut di Sarawak adalah dari kawasan pesisir pantai di Sibu, Sarikei, Tanjung Manis, Kuching, Sri Aman, Bintulu dan Miri.

“Kelebihan di Sarawak, ada banyak sarang kelulut jadi kos lebih rendah berbanding Semenanjun­g Malaysia.

“Di sini, satu sarang kelulut boleh didapati pada harga lebih RM100, namun kalau sarang itu sudah menghasilk­an dua atau tiga kilo madu, maka ia sudah mengembali­kan kos itu,” katanya.

Ini boleh memberi pendapatan kepada mereka di mana jika sebuah keluarga boleh menghasilk­an 50 kilogram madu sebulan, maka pendapatan mereka adalah RM4,000 sebulan. Tan Chun Chuang Pengarah Borneo Stingless Bee Sdn Bhd

 ??  ??
 ??  ?? BERKUALITI: Tan menyampaik­an produk madu kelulut kepada Uggah sambil disaksikan yang lain.
BERKUALITI: Tan menyampaik­an produk madu kelulut kepada Uggah sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia