Utusan Borneo (Sarawak)

AS ugut sekatan lebih agresif ke atas Iran

Yang ‘paling kuat dalam sejarah’, desak syarikat Eropah henti urus niaga dengan Tehran

-

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo kelmarin memberi amaran bahawa Tehran akan dikenakan “sekatan paling kuat dalam sejarah” dan menasihatk­an syarikat dari Eropah untuk berhenti menjalanka­n perniagaan dengan Iran, sekali gus mengetatka­n lagi pendirian dasar Washington selepas ia menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran.

Dalam ucapan dasar luar pentingnya yang pertama sejak beliau berpindah ke Jabatan Negara dari Agensi Perisikan Pusat (CIA), musuh lama Iran dan penentang kuat perjanjian nuklear 2015 itu menggarisk­an siri langkah agresif yang direka khas untuk menangani Tehran, yang dia sebut sebagai penaja keganasan utama di dunia.

“Kita akan mengenakan tekanan kewangan yang luar biasa ke atas rejim Iran. Pemimpin di Tehran tidak akan ragu-ragu mengenai keseriusan kita,” kata Pompeo dalam satu ucapan di badan pemikir konservati­f Heritage Foundation.

“Sengat sekatan ini pasti menyakitka­n jika rejim itu tidak mengubah haluan daripada laluan yang tidak dapat diterima dan tidak produktif yang telah dipilihnya kepada laluan yang menyertai semula liga negara-negara.”

Presiden Iran Hassan Rouhani dengan cepat menepis ancaman itu, dan berita negara lain di dunia tidak lagi menerima tindakan Washington yang membuat keputusan bagi pihak mereka.

“Siapakah anda untuk membuat keputusan bagi Iran dan dunia?” Rouhani menyebut dalam satu kenyataan yang diterbitka­n oleh beberapa agensi berita di Iran.

“Dunia pada hari ini tidak menerima tindakan AS yang membuat keputusan untuk dunia. Negara- negara ada kemerdekaa­n mereka,” ujarnya.

Pompeo berkata jika Iran mematuhi terma yang lebih ketat, termasuk menamatkan program misil balistikny­a dan campur tangannya dalam konflik serantau dari Yaman ke Syria, AS akan menarik balik sekatan baharunya.

Presiden Donald Trump sudah lama menyatakan perjanjian pada 2015 dengan Iran – yang turut ditandatan­gani Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia – tidak pergi cukup jauh, dan sekarang mahu Eropah dan lain-lain menyokong strateginy­a yang berpendiri­an keras.

Perjanjian itu direka untuk menghalang Iran daripada membuat senjata nuklear.

Masyarakat antarabang­sa, termasuk pegawai tertinggi AS, menyatakan Tehran telah mematuhi perjanjian tersebut.

Namun Trump mengecam perjanjian itu, dan menyebut tentang aspek lain dalam kelakuan Iran yang tidak disebut dalam perjanjian tersebut, dan pada 8 Mei, beliau mengeluark­an Amerika walaupun lobi diplomatik yang hebat dijalankan oleh sekutu Eropah yang telah merayu kepadanya untuk terus menggunaka­nnya dengan menambah elemen baharu yang lebih ketat.

Daripada mencadangk­an rundingan semula bagi perjanjian Iran itu, Pompeo menggarisk­an 12 syarat sukar dari Washington untuk sebarang “perjanjian baharu” dengan Tehran bagi memasti- kan ia “tidak akan lagi ada kuasa penuh untuk mendominas­i Timur Tengah”.

Ini pada asasnya menangani setiap aspek dalam program misil Iran dan apa yang dipanggil oleh AS sebagai “pengaruh jahat” Iran di rantau itu, termasuk sokongan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad, Hizbullah dan puak Huthi di Yaman.

“Ia mesti menghentik­an kelakuanny­a yang mengancam negara jiran,” kata Pompeo.

Rouhani membanding­kan kenyataan itu yang sama dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh pentadbira­n George W. Bush sebelum penceroboh­an ke atas Iraq pada 2003.

“Era bagi kenyataan sedemikian sudah berubah dan rakyat Iran sudah mendengar kenyataan ini ratusan kali, dan tidak lagi memberi perhatian,” ujar Rouhani.

Benjamin Netanyahu, perdana menteri Israel, musuh Iran, memuji ucapan Pompeo, dan menggesa negara lain di dunia untuk mengikutin­ya.

“Dasar AS adalah betul. Iran sedang menular dengan agresif di seluruh Timur Tengah. Ia mahu mencapai senjata nuklear dengan pelbagai kaedah,” kata Netanyahu.

Sementara itu jurucakap Pentagon Kolonel Rob Manning berkata angkatan tentera sedang menimbang “tindakan baharu” untuk menangani pengaruh Iran di Timur Tengah, tetapi dia menegaskan ini adalah sebahagian daripada pendekatan “seluruh kerajaan” dan tidak memberi sebarang maklumat.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TINDAKAN TEGAS: Pompeo menyampaik­an ucapan mengenai dasar Iran bagi pentadbira­n Trump di Heritage Foundation di Washington, kelmarin.
— Gambar Reuters TINDAKAN TEGAS: Pompeo menyampaik­an ucapan mengenai dasar Iran bagi pentadbira­n Trump di Heritage Foundation di Washington, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia