Utusan Borneo (Sarawak)

‘Deadpool 2’ tamatkan penguasaan ‘Avengers: Infinity War’

-

SATU lagi hujung minggu, satu lagi pembukaan AS$100 juta lebih oleh wira terkemuka: Kali ini ia datang daripada ‘Deadpool 2’ terbitan 20th Century Fox dengan kutipan jualan tiket AS$125.5 juta di teater-teater Amerika Utara selain penampilan pertama di luar Amerika yang sangat besar.

Filem itu, yang ke11 dalam siri X-Men berdasarka­n watak dari Marvel Comics, memperoleh­i AS$174.9 juta, penampilan pertama terbesar yang pernah dicatat di pasaran luar Amerika Utara untuk satu filem dengan pengkadara­n R.

Ryan Reynolds kembali sebagai watak tajuk bermulut cabul dan tidak sopan di mana dia membentuk satu pasukan yang dipanggil X-Force bagi melindungi satu mutan muda dari diburu oleh si penjahat Cable (Josh Brolin).

Bagi seorang lelaki yang sangat jahat, Brolin mempunyai satu minggu yang sangat baik. Dia juga memainkan watak penyangak yang nekad menghancur­kan dunia Thanos dalam Marvel ‘Avengers: Infinity War’ yang menerajui box office Amerika Utara sebelum ‘Deadpool’ menyingkir­kannya.

‘Avengers’ -- filem dengan perolehan keempat tertinggi dalam sejarah, dibintangi Robert Downey Jr., Benedict Cumberbatc­h, Scarlett Johansson dan Chris Hemsworth -- memperoleh­i AS$29.5 juta, menjadikan kutipan jualan tiket globalnya selepas beberapa minggu ditayangka­n melebihi AS$1.8 bilion.

Filem ketiga dalam carta box office Amerika Utara ialah filem komedi romantik baharu Paramount ‘Book Club’, dengan AS$13.6 juta.

Bintang-bintang filem itu terdiri daripada Jane Fonda, Diane Keaton, Candice Bergen dan Mary Steenburge­n sebagai rakan yang meniti usia yang memutuskan membaca ‘Fifty Shades of Grey’ dan mendapati ia meluaskan horizon sastera dan juga peribadi mereka.

Di tempat keempat ialah ‘Life of the Party’, sebuah filem komedi oleh Warner Bros. pada AS$7.6 juta.

Melissa McCarthy, yang menulis bersama skrip dengan suaminya, pengarah Ben Falcone, bermain sebagai seorang ibu yang baru bercerai yang kembali ke kolej di mana anak perempuann­ya turut belajar di sana.

Dan di tempat kelima ialah kisah seram Universal ‘Breaking In’, dengan AS$6.8 juta. Ulasan dalam talian oleh Rotten Tomatoes, menyimpulk­an tindak balas kritikal, menggambar­kan filem itu sebagai “filem aksi dan seram pakai buang.”

Tetapi pengkritik memuji lakonan Gabrielle Union sebagai seorang ibu mencuba untuk melindungi anak-anaknya dari pengambil tebusan.

Melengkapk­an 10 filem teratas adalah ‘Show Dogs’ (AS$6 juta), ‘Overboard’ (AS$4.6 juta), ‘A Quiet Place’ (AS$3.9 juta), ‘Rampage’ (AS$1.6 juta) dan ‘I Feel Pretty’ (AS$1.3 juta).

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? JUARA BAHARU CARTA: Ryan Reynolds (kanan) dan isterinya, aktres Blake Lively bergambar bersama di acara permaidani merah semasa tayangan istimewa untuk filem ‘Deadpool 2’ yang diadakan di AMC Loews Lincoln Square di New York City pada 14 Mei lepas.
— Gambar AFP JUARA BAHARU CARTA: Ryan Reynolds (kanan) dan isterinya, aktres Blake Lively bergambar bersama di acara permaidani merah semasa tayangan istimewa untuk filem ‘Deadpool 2’ yang diadakan di AMC Loews Lincoln Square di New York City pada 14 Mei lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia