Utusan Borneo (Sarawak)

12 lelaki India diberkas dalam Ops Bersepadu di Sibu

-

SIBU: Seramai 12 daripada 15 lelaki warga India ditahan dalam dua operasi Ops Bersepadu yang dilancarka­n pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D4 dan D7 di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kesemua warga asing yang ditahan tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua mereka ditahan kerana gagal mengemukak­an pasport atau dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi.

Dalam serbuan di Lorong 9, Jalan Pulau Li Hua, polis menahan empat lelaki warga India dan merampas lima pasport India pada jam 12.50 petang itu.

Empat warga asing tersebut berumur antara 18 hingga 26 tahun, manakala hanya seorang yang berumur 20 tahun dibebaskan setelah selesai proses dokumentas­i, katanya.

“Dua daripada mereka ditahan kerana menyalahi Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan diri,” kata Stanley.

Katanya, dalam serbuan berasingan, 11 lelaki warga India ditahan di Jalan Au Yong pada jam 1.30 petang hari yang sama.

Pasukan Task Force D4 JSJ yang diketuai Inspektor Baharuddin bertindak membuat tangkapan ke atas 11 lelaki warga India tersebut kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dokumen yang sah.

Katanya, dua daripada mereka yang berumur 24 dan 31 tahun kemudian dibebaskan selepas proses dokumentas­i.

“Sembilan daripada mereka berumur 18 hingga 32 tahun ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an pasport atau dokumen perjalanan yang sah,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia