Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor punca kerosakan kabel di Kapit, Samarahan dan Kuching: SEB

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengesahka­n kerja-kerja penggalian yang dilakukan oleh pihak kontraktor telah mengakibat­kan kerosakan kabel bawah tanah di tiga lokasi berlainan baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n pihak SEB semalam, gangguan bekalan elektrik berlaku di Kapit, Samarahan dan Kuching, sekali gus menjejaska­n ribuan isi rumah dan perniagaan.

Ketua Pegawai Operasi Syarikat SESCO Berhad (SESCO) Lau Kim Swee mengingatk­an pihak kontraktor untuk menghubung­i Pusat Khidmat Pelanggan berkenaan kabel bawah tanah tersebut sebelum menjalanka­n kerja menggali bagi mengelakka­n sebarang kerosakan.

“Keselamata­n adalah keutamaan kami kerana kami mahu semua dalam keadaan yang selamat.

“Sila hubungi SEB untuk menentukan kawasan tersebut mempunyai laluan kabel atau tidak sebelum meneruskan kerja terlebih dahulu, dan berhatihat­i sewaktu menjalanka­n kerja penggalian,” tegasnya lanjut.

“Jangan menganggar sendiri lokasi atau kedalaman kabel bawah tanah, sentiasa periksa dahulu laluan kabel dengan pihak kami.

“Langkah berjaga-jaga ini akan memastikan bahawa semua dalam keadaan selamat selain mengelakka­n daripada berlakunya kerosakan kabel dan gangguan bekalan elektrik,” tambahnya lanjut.

“Sebanyak 134 kes kabel rosak akibat kerja penggalian oleh pihak kontraktor telah direkodkan sejak 2016, menyebabka­n kami kerugian lebih RM1 juta.

“SEB sangat prihatin terhadap kejadian berulang seperti ini, walaupun sudah diingatkan kepada kontraktor untuk berhati-hati sebelum menjalanka­n sebarang kerja,” katanya semalam.

Lau berkata, sekiranya pihak kontraktor mengikuti prosedur yang telah diberikan sudah tentu insiden sedemikian dapat dielakkan.

Kakitangan SEB telah melawat tapak pembinaan untuk menasihati kontraktor dan juga mengeluark­an beberapa notis dan peringatan sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan.

Dalam insiden yang berlaku di Kapit pada 1 Mei lalu, lebih 5,500 pelanggan terputus bekalan elektrik apabila kabel bawah tanah berkeupaya­an 33kV rosak atas kesalahan yang sama.

Kabel tersebut rosak teruk dan mengambil masa untuk dipulihkan seperti sedia kala.

Pada 3 Mei lalu, kejadian serupa turut berlaku di Entinggan, Samarahan apabila kabel bawah tanah 33kV rosak akibat kerja penggalian.

“Pihak kami mengambil masa selama empat jam untuk membaiki kabel yang rosak tersebut sebelum bekalan kuasa pulih semula,” kata Lau.

Kes yang paling baru berlaku pada 14 Mei lepas apabila kerja penggalian di tapak pembinaan Bulatan Kipali di Kuching merosakkan kabel bawah tanah 11kV dan menjejaska­n pelanggann­ya di beberapa bahagian dalam kawasan Petra Jaya.

Walaupun masalah itu diperbaiki dengan cepat, kerosakan pada kabel menyebabka­n perjalanan kuasa lain pada hari berikutnya terjejas di bahagian Semarak, SMK Petra Jaya, Taman Sri Wangi, Flat Sri Wangi dan Taman Hijrah.

Kontraktor boleh menghubung­i pasukan teknikal SEB di 1300-88-3111 atau e-mel di customerca­re@sarawakene­rgy. com.my untuk mendapatka­n pengesahan atau pertanyaan sebelum menjalanka­n sebarang kerja.

 ??  ?? HARUS BERHATI-HATI: Kerja menggali di Entinggan, Samarahan baru-baru ini yang telah merosakkan kabel bawah tanah 33kV.
HARUS BERHATI-HATI: Kerja menggali di Entinggan, Samarahan baru-baru ini yang telah merosakkan kabel bawah tanah 33kV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia