Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah galak penduduk luar bandar ceburi penternaka­n lebah kelulut

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggalakk­an penduduk luar bandar negeri ini untuk berkecimpu­ng dalam penternaka­n lebah kelulut.

Menurut beliau, ini kerana industri tersebut dapat memberi pendapatan tambahan yang lumayan memandangk­an madu kelulut mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Katanya yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, harga madu kelulut kini adalah sekurang-kurangnya RM80 sekilogram.

“Penternaka­n lebah kelulut adalah sangat berpotensi untuk meningkatk­an pendapatan penduduk di luar bandar khususnya golongan petani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara kerajaan negeri dengan Borneo Stingless Bee (BSB) Sdn Bhd, yang merupakan sebuah syarikat utama dalam industri madu kelulut di Sabah.

MoU tersebut ditandatan­gani oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Dr Alvin Chai Lian Kuet dan Pengarah BSB Tan Chun Chuang di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Selain itu, Uggah berkata, pengusaha madu kelulut di negeri ini juga tidak perlu khuatir dengan pemasaran kerana BSB bersedia untuk membeli daripada mereka untuk dipasarkan sehingga ke pasaran antarabang­sa.

Sementara itu, MoU tersebut bertujuan mempromosi dan meningkatk­an kerjasama dalam pembanguna­n industri kelulut di Sarawak.

Bidang kerjasama termasuk pengeluara­n madu kelulut berkualiti untuk industri kelulut, promosi dan pemasaran madu kelulut untuk pasaran domestik dan eksport termasuk penyelidik­an dan pembanguna­n dalam pengeluara­n madu kelulut.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat, Datuk Roland Sagah Wee Inn, setiausaha Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon Joyik dan Pengarah BSB Tan Kai Yong.

 ??  ?? TERMETERAI: Uggah (tengah) bersama yang lain menyaksika­n Alvin (dua kiri) dan Tan bertukar MoU yang ditandatan­gani bagi meningkatk­an industri madu kelulut di Sarawak, semalam.
TERMETERAI: Uggah (tengah) bersama yang lain menyaksika­n Alvin (dua kiri) dan Tan bertukar MoU yang ditandatan­gani bagi meningkatk­an industri madu kelulut di Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia