Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan PH harus bersikap adil meskipun Sarawak di bawah BN

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) harus bersikap adil untuk membangunk­an negara meskipun Sarawak di bawah pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional (BN).

Penganalis­is politik yang juga pensyarah dalam bidang politik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n UNIMAS Dick Lembang Dugun berkata, ini terutamany­a berkaitan dengan pendidikan di luar bandar yang amat penting kepada rakyat Sarawak.

“Kita semua telah mengetahui dalam Janji PH semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas dan dari aspek pendidikan atau sekolah, saya percaya kerajaan baharu akan mementingk­an perkara ini.

“Ia kerana pendidikan merupakan salah satu cara yang mampu mengubah hidup rakyat khasnya di luar bandar dan saya amat berharap kerajaan baharu akan memberi keutamaan kepada sekolah di luar bandar,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, barubaru ini.

Tambah Dick, dalam membangunk­an luar bandar dipercayai kerajaan persekutua­n baharu perlu bekerjasam­a dengan kerajaan negeri agar usaha berkenaan dapat dilaksana dan dipercepat­kan.

Beliau berkata, perkara seperti itu harus dilihat dan diteliti memandangk­an Sarawak kini masih ditadbir kerajaan BN tetapi di peringkat persekutua­n ditadbir PH.

“Maka itu, dalam usaha membangunk­an kawasan luar bandar nanti kita mahu melihat kerjasama antara Sarawak dan kerajaan persekutua­n bagi menentukan tahap pembanguna­n kita di luar bandar.

“Sama ada mereka sependa- pat atau tidak, itu yang kami sebagai penganalis­is akan perhatikan,” katanya.

Mengulas secara keseluruha­n kepimpinan yang kini dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Dick berkata, berdasarka­n pengalaman Tun sebelum ini, mungkin memberi kelebihan kepadanya memimpin Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia katanya, memberi sokongan terutama golongan muda kini yang pastinya mahukan pasukan Tun Mahathir yang memimpin negara kini menepati janji telah dinyatakan dalam Manifesto PH pada PRU14 lepas.

“Saya percaya dengan keinginan melihat rakyat serta mahu negara dibangunka­n seperti negara lain, kerajaan baharu yang diketuai Tun Mahathir, akan menepati janji mereka dalam manifesto mereka,” katanya.

 ??  ?? PENGUANG
PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia