Utusan Borneo (Sarawak)

Warga maya seru Abang Johari ambil iktibar ketidakpua­san hati rakyat terhadap pemerintah­an Najib

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Jadikan punca tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di tangan Pakatan Harapan ( PH) sebagai pengajaran agar kerajaan negeri masih kekal dipegang BN Sarawak kerana enggan mendengar keluhan rakyat.

Pemerintah­an bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disenangi rakyat apabila gagal memahami keresahan rakyat yang mencakupi perihal rasuah dan salah guna kuasa, 1MDB serta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Itu antara kandungan artikel bertajuk ‘ Surat Dari Rakyat Marhaen buat YAB Abang Johari’ ditulis warga maya bernama Bahtiar Mahidin dan mula tular pada 20 Mei menerusi Facebook dan WhatsApp.

“Kini di Kuching, perkara yang hampir sama berlaku. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bukan sekadar memerintah Kuching, malah Sarawak.

“Apa yang dibuat seharusnya memikirkan semua untuk seluruh Sarawak. Abang Johari hendak membuat LRT (Transit Aliran Ringan) di Kuching dan Samarahan dengan rasionalny­a beliau mempertaha­nkan projek LRT.

“Apakah rakyat Sarawak serasional beliau dalam projek LRT,” soalnya.

Bahtiar turut mengkritik ekonomi digital.

Dua perkara itu menurutnya, boleh membahayak­an kedudukan BN Sarawak yang terdiri daripada empat parti - PBB, SUPP, PRS dan PDP - pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada 2021.

Apa yang amat dinantikan rakyat terutama di luar bandar dan pedalaman seperti ditulis dalam artikel itu ialah kemudahan asas, bekalan elektrik, air bersih dan jalan raya.

“Sekali lagi, aspirasi rakyat kebanyakan tidak diraikan apabila mengutamak­an projek- projek bandar, malah orang bandar pun menen- tang projek- projek ini,” katanya.

Mengulas mengenai catatan tersebut, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tidak salah untuk kerajaan membina sistem pengangkut­an sempurna termasuk LRT, seiring dengan projek bekalan elektrik dan air bersih.

“Bekalan elektrik, air bersih dan sistem pengangkut­an yang baik termasuk LRT, patut kita laksanakan jika kerajaan berupaya dan kewangan mencukupi,” katanya.

Beliau mengumpama­kan bantahan terhadap LRT sama seperti terhadap pembinaan Putrajaya dan Cyberjaya di Semenanjun­g Malaysia satu ketika dahulu ketika pemerintah­an Tun Dr Mahathir Mohamad terdahulu.

“DAP dan ramai lagi mengkritik sebagai pembaziran. Sekarang semua setuju ia adalah projek yang baik.

“Asalkan cadangan pembinaan itu disertai dengan kajian boleh laksana dan ia menunjukka­n ada baiknya projek itu dijalankan, apa salahnya?” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Negeri 2016, BN Sarawak yang diketuai Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem menang 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Adenan ketika menjadi Ketua Menteri, memperkena­lkan dasar kerajaan mesra rakyat yang menunjukka­n keprihatin­an terhadap semua golongan, misalnya Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, menurunkan tarif elektrik, menghapusk­an tol jambatan dan mengisytih­arkan perang terhadap amalan rasuah.

Ketua Menteri antara 2014 dan 2017 itu, berjaya menambat hati majoriti rakyat Sarawak dengan memperjuan­gkan hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diambil kerajaan persekutua­n.

Parti lawan, DAP dan PKR, masing-masing menang tujuh dan tiga kerusi.

 ??  ?? TEGAS: (Duduk dari kanan) Trabawan, Maznah, Simon dan yang lain pada sidang media, semalam.
TEGAS: (Duduk dari kanan) Trabawan, Maznah, Simon dan yang lain pada sidang media, semalam.
 ??  ?? KRITIKAN MEMBINA: Tangkap layar Facebook Bakhtiar yang memaparkan tegurannya terhadap kepimpinan negeri sekarang.
KRITIKAN MEMBINA: Tangkap layar Facebook Bakhtiar yang memaparkan tegurannya terhadap kepimpinan negeri sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia