Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek curi beg tangan wanita direman empat hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki mencuri beg tangan seorang wanita diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Zairustam Abdullah dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Zairustam memberitah­u pada malam 20 Mei lalu, seorang wanita telah membuat aduan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 36, mendakwa sekitar jam 7 malam hari sama di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Pujut 3, dia telah meletakkan telefon bimbit dan beg tangan kecil ke dalam kotak berisi barangan yang dibeli di atas but kenderaann­ya.

Tiba-tiba datang seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil telefon bimbit dan beg kecilnya dari kotak itu sebelum melarikan diri.

Ketika kejadian, pengadu sedang membantu dua anaknya yang masih kecil masuk ke dalam kenderaan.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11.20 malam hari kejadian di Jalan Terusan Lorong 7, polis berjaya menangkap seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Semasa tangkapan dibuat, polis berjaya merampas semua barang yang dilaporkan hilang oleh pengadu dari- pada milik suspek.

Dalam permohonan lanjutnya, Zairustam memberitah­u bahawa reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 28 tahun dari Piasau Utara di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dan membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan suspek dihadapkan semula ke mahkamah sama pada 25 Mei ini untuk sebutan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia