Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju persia peluang bela diri di TTPPS

-

SIBU: Peluang untuk membela diri di Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan Sarawak (TTPPS) disia-siakan begitu sahaja oleh seorang pemaju perumahan di sini semalam, selepas gagal mengemukak­an hujah pembelaan dalam tempoh 14 hari selepas penyerahan penyataan tuntutan.

Presiden Tribunal Dato Maznah Dasmi berkata, pemaju terbabit telah melanggar Peraturan 10, 11 dan 12 Peraturan Pemaju Perumahan (Tuntutan Penghutang Tribunal).

“Pihak defendan tidak memfailkan hujah pembelaan. Di bawah undang-undang, mereka perlu memfailkan­nya dalam masa 14 hari untuk menjawab dan mereka tidak berbuat demikian, tetapi hanya failkannya pada pagi ini.

“Mengikut undang- undang, defendan mesti menghantar ( hujah) pembelaan mereka kepada tribunal dalam tempoh 14 hari, dimeterai dengan meterai tribunal, diba- yar, bertarikh dan ditandatan­gani tribunal dan didaftarka­n di bawah tribunal.

“Namun mereka tidak melakukan semua ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan empat kes tribunal yang melibatkan seorang pemaju semalam.

Oleh itu beliau berkata, penyerahan hujah pembelaan selepas tempoh 14 hari tidak boleh diterima.

Beliau menjelaska­n, keputusan untuk tidak menerima pembelaan daripada pemaju dilakukan mengikut Seksyen 48 Pembanguna­n Perumahan ( Kawalan dan Pelesenan) 2013.

Terdahulu, beliau mengarahka­n pemaju perumahan itu membayar tuntutan kepada empat pembeli rumah sebanyak RM75,700 atas kelewatan menyerahka­n rumah milik mereka.

Tuntutan dibuat Johnnes Gindar, Jackson Nibang Amas, Ambrose Luta Jugah dan Favian Jaya.

Pemaju terpaksa membayar RM13,500 kepada Johnnes atas kelewatan penyerahan hartanah selama 45 bulan, RM22,000 kepada Jackson Nibang Amas untuk tempoh kelewatan 55 bulan, RM17,600 kepada Ambrose Luta Jugah selama 44 bulan dan RM22,600 kepada Favian Jaya untuk kelewatan 56 bulan dan 14 hari.

Semua pihak menuntut memberitah­u tribunal bahawa Sijil Layak Menduduki (OP) untuk rumah masing-masing hanya dikeluarka­n pada 31 Oktober, 2017.

Pemaju menyerahka­n rumah tersebut kepada Johnnes pada 1 November, 2017 sementara penuntut lain menerima pada 3 November, 2017.

Tribunal kemudian menetapkan pemaju mesti membuat pembayaran dalam masa 45 hari.

Hadir dalam pendengara­n panel tribunal ialah Trabawan Mandi dan Simon Woon Ta Meng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia