Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan diharap bantu Sarawak rentasi politik, wilayah

-

KUCHING: Kementeria­n Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan yang baharu di kerajaan persekutua­n diharap melihat keperluan Sarawak merentasi sempadan politik dan wilayah.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi membolehka­n objektif dan matlamat kedua-dua kementeria­n khasnya memberi bantuan kepada golongan sasar dapat diteruskan.

Menurut beliau, dari segi kumpulan sasaran, objektif dan fungsi kementeria­n itu banyak persamaan dengan kementeria­n beliau.

“Bezanya kementeria­n kami mempunyai bahagian Pembanguna­n Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti.

“Komponen Kebajikan Masyarakat adalah senarai bersamaan dan kerajaan negeri menerima peruntukan daripada kerajaan persekutua­n sebelum ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata, antaranya termasuk bantuan bulanan kepada warga emas, bantuan kanak-kanak (ibu tunggal), orang kurang upaya, pesakit terlantar selain bantuan anak pelihara.

Bantuan lain ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK).

“Adalah menjadi harapan saya agar bantuan ini diteruskan.

“Manakala program memperkasa wanita melalui literasi undang- undang, ekonomi, kepimpinan dan membuat keputusan juga perlu diteruskan,” katanya.

Sehubungan itu kata Fatimah, beliau amat berharap kementeria­n berkenaan melihat keperluan Sarawak merentasi sempadan politik dan wilayah.

Beliau pada masa yang sama turut mengucapka­n tahniah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Pada Isnin lepas, 13 menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Upacara yang diadakan di singgahsan­a kecil itu bermula kira-kira jam 5.50 petang dan Wan Azizah Wan yang juga Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan mengetuai barisan menteri dalam upacara tersebut.

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia