Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Dayak digesa ceburi perniagaan

-

BINTULU: Masyarakat Dayak di bahagian ini digesa agar lebih giat menjalanka­n program perniagaan kecilkecil­an dan sederhana besar dalam usaha menambahka­n pendapatan keluarga dari masa ke semasa.

Menurut Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, sesebuah perusahaan biar pun dikendalik­an secara kecil-kecilan, boleh menembusi pasaran nasional dan antarabang­sa sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Walaupun bukan satu usaha yang mudah, namun berkat kesabaran serta semangat yang tinggi akan membolehka­n setiap usahawan mencapai matlamat serta cita-cita yang mereka impikan,” jelasnya semasa berucap merasmikan Bazaar Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2018 Bahagian Bintulu di Bintulu Commerce Square, semalam.

Beliau berkata, penganjura­n bazar Gawai ini sememangny­a menjadi peluang terbaik bagi usahawan tempatan mengetenga­hkan barangan atau kraf tangan masingmasi­ng, sekali gus membolehka­nnya dipasarkan dan memberikan keuntungan buat pengusahan­ya.

Tidak dapat dinafikan katanya, pada waktu dahulu, perayaan Gawai hanya memfokuska­n kepada perjumpaan ahli keluarga dan acara makan dan minum sahaja termasuk tarian dan nyanyian tradisi ssbagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian yang banyak.

Namun pada masa sekarang ujarnya, sambutan Gawai lebih daripada itu di mana ia bolrh dikomersia­lkan dalam pelbagai bentuk yang boleh menguntung­kan komuniti terbabit.

“Contoh terbaik ialah melalui penganjura­n bazar Gawai sebegini yang memberikan peluang usahawan Dayak memasarkan hasil kraf tangan serta produk mereka, sekali gus mendatangk­an keuntungan buat mereka,” ujarnya.

Sepanjang lima hari acara berlangsun­g bermula semalam hingga Sabtu ini, lebih 20 gerai jualan produk serta hasil kraf tangan tempatan dibuka.

Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai persembaha­n nyanyian serta tarian tradisi komuniti Dayak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat dan Pemanca Valerie Manyi antara yang hadir.

 ??  ?? BAZAR GAWAI: Rundi memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian program, semalam.
BAZAR GAWAI: Rundi memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian program, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia