Utusan Borneo (Sarawak)

‘Together Gather, Jom Celebrate’ tHe Spring rai Gawai dan Aidilfitri

-

KUCHING: Bersempena sambutan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri, pusat beli-belah tHe Spring kini menjemput orang ramai untuk mengambil bahagian dalam pengalaman meraikan kedua-dua perayaan ini.

Bertemakan ‘Together Gather, Jom Celebrate’, orang ramai boleh bersiar-siar dengan santai di sawah padi mini dan bergambar di pusat 3D yang memaparkan Rumah Panjang Iban.

Turut dipaparkan kampung nelayan Melayu yang indah, yang menawarkan pelbagai jenis pakaian, aksesori dan keperluan Raya.

Setiap hujung minggu, Bazar Raya Spring juga menyediaka­n acara dan aktiviti yang menarik di mana pengunjung boleh membeli beg tangan dan bakul unik dari Projek Wanita Penan.

Malah, pengunjung berpeluang belajar untuk membuat antinganti­ng rumbai manakala kanakkanak boleh mengikuti aktiviti seni dan kraf bersama MY Art Studio dan MY Craft Studio.

Tarikan lain di ‘ Together Gather, Jom Celebrate’ tHe Spring adalah program penebusan perayaan di mana pembeli boleh menebus Paket Hijau Edisi Terhad Spring dengan baucar Bufet Ramadan ‘Beli 2 Percuma 1’ dari Old Court House, The Faceshop Dearpacker Face Mask Duo, Bath and Body Works Fragrance Mist dan Guess Lady’s Clutch apabila membuat pembelian RM300 ke atas dalam satu resit.

Malah, pengunjung kini juga boleh membeli- belah secara tanpa tunai di mana pusat belibelah terkemuka di Kuching ini menawarkan transaksi pembayaran menggunaka­n aplikasi e-wallet Boost.

Perasmian Together Gather, Jom Celebrate di tHe Spring disempurna­kan Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais.

Turut hadir ialah pengurus besar tHe Spring Datin Christine Ling dan ketua pegawai eksekutif BOOST Christ Tiffin.

 ??  ?? MERIAH RAYA: Naroden menerima cenderahat­i daripada Christine sambil disaksikan yang lain.
MERIAH RAYA: Naroden menerima cenderahat­i daripada Christine sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia