Utusan Borneo (Sarawak)

Safiee mahu peniaga jaga aspek kesihatan dan keselamata­n pengguna

-

MUKAH: Para peniaga y a n g m e n g u s a h a k a n sebarang perniagaan ketika bulan Ramadan harus menitikber­atkan soal kebersihan dalam penyediaan makanan serta minuman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, aspek kesihatan dan keselamata­n para pengguna harus terjaga dan bukannya hanya mementingk­an aspek luaran.

“Selain makanan dan minuman, apa sahaja barangan yang dijual harus kelihatan menarik, jangan lupakan aspek kesihatan dan keselamata­n pelanggan,” katanya lepada Utusan Borneo ketika Majlis Perasmian Bazaar Ramadan Daro serta pengagihan bubur lambuk, bubur pedas, bubur kacang dan kuih pada petang kelmarin.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi.

Safiee kemudian menyeru para peniaga untuk memanfaatk­an sepenuhnya peluang berniaga dalam bulan puasa dengan sebaiknya dan penuh kejujuran serta keberkatan.

“Jika peniaga jujur serta ikhlas dan menjaga kebersihan, insya-Allah para pelanggan akan tertarik untuk membeli,” ujarnya lagi.

Beliau turut berpesan kepada para pelanggan serta pelawat bazaar untuk berbelanja secara berhemah dan menjauhi sikap membazir.

“Berbelanja tidak salah, namun harus elakkan pembaziran,” tambah beliau lagi.

Sebanyak 70 gerai disediakan kepada peniaga sekitar Daro sepanjang Ramadan kali ini bagi kemudahan berniaga.

Program merupakan anjuran bersama Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Daro dan Persatuan Ibu Tunggal Daerah Daro.

 ??  ?? REZEKI: Safiee (depan, tiga kanan) dan Ahmad Johnie (depan, dua kanan) bersama yang lain ketika simbolik persmian Bazaar Ramadan Daro.
REZEKI: Safiee (depan, tiga kanan) dan Ahmad Johnie (depan, dua kanan) bersama yang lain ketika simbolik persmian Bazaar Ramadan Daro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia