Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat dan ketua kaum perlu mudah dihubungi, ditemui penduduk: Wong

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Ketua masyarakat dan ketua kaum diingat agar sedia memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat tanpa mengira waktu dan tempat.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata, beliau ada menerima aduan bahawa terdapat segelintir ketua masyarakat dan ketua kaum tidak mahu melayan panggilan daripada orang ramai.

“Ada penghulu dan kapitan yang tidak mahu menjawab panggilan telefon daripada orang ramai yang mungkin memerlukan khidmat atau bantuan mereka.

“Sebagai ketua masyarakat atau ketua kaum, kita harus mudah dihubungi atau ditemui oleh masyarakat,” ujarnya ketika berucap pada majlis penyerahan sijil pelantikan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum di Pejabat Residen, semalam.

Temenggung Datuk Vincent Lau dan Pemanca Datuk Wong Kie Yik mengetuai senarai penerima sijil pelantikan semula sebagai ketua masyarakat.

Turut menerima sijil pelantikan ialah sembilan penghulu, 10 tuai rumah dan 13 kapitan, khususnya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dan Pelawan.

Hadir sama ialah pemangku

Sebagai ketua masyarakat atau ketua kaum, kita harus mudah dihubungi atau ditemui oleh masyarakat. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n

Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng, Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pemanca James Semilan serta yang lain.

Wong yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Kedua percaya semua ketua masyarakat dan ketua kaum tahu akan tugas serta tanggungja­wab masing-masing iaitu untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Oleh itu katanya, mereka harus bertanggun­gjawab dalam menjalanka­n tugas yang telah diamanahka­n oleh pihak kerajaan semasa.

“Pada masa sama, ketua masyarakat dan ketua kaum harus menjalanka­n tugas masing-masing dengan efisien,” jelas ADUN Bawang Assan itu.

Dalam pada itu, Wong juga menasihati ketua masyarakat dan ketua kaum agar sentiasa berhubung dengan pihak Pejabat Residen dan Pejabat Daerah dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Hee Sieng ketika berucap berkata, ketua masyarakat dan ketua kaum harus berkhidmat kepada semua masyarakat tanpa mengira fahaman politik mereka.

“Anda semua juga seperti kakitangan kerajaan yang harus memberi khidmat kepada semua tanpa mengira fahaman politik,” ujarnya.

Beliau juga memberitah­u, mutu perkhidmat­an yang diberikan oleh ketua masyarakat dan ketua kaum di sini juga semakin bertambah baik.

“Kita semua harus memperbaik­i mutu perkhidmat­an dari semasa ke semasa atau kita akan menghadapi risiko disingkirk­an,” tegasnya.

 ??  ?? KETUA KAUM: Tuai Rumah Dawi Ringgil (empat kanan) menerima sijil pelantikan semula sebagai ketua kaum daripada Awang Yusup (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Wong (tiga kiri). Turut kelihatan ialah (dari kiri) Lau, Hee Sieng dan James.
KETUA KAUM: Tuai Rumah Dawi Ringgil (empat kanan) menerima sijil pelantikan semula sebagai ketua kaum daripada Awang Yusup (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Wong (tiga kiri). Turut kelihatan ialah (dari kiri) Lau, Hee Sieng dan James.
 ??  ?? BERPENGALA­MAN: Fauziah (kiri) mahir menebar roti canai di gerai mereka semalam.
BERPENGALA­MAN: Fauziah (kiri) mahir menebar roti canai di gerai mereka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia