Utusan Borneo (Sarawak)

30 notis kompaun sejak taman awam jadi zon bebas rokok

-

SIBU: Sehingga 30 April tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengeluark­an 30 notis kompaun sejak penguatkua­saan zon bebas rokok di mana-mana taman awam bermula 1 Jun 2017.

Dalam kenyataan media di sini kelmarin, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mendedahka­n bilangan taman yang diwartakan di seluruh Sarawak sebagai zon bebas merokok kekal pada 76 kawasan.

“Merokok di taman awam adalah melanggar Peraturan 11(1)(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan didenda sehingga maksimum RM250,” katanya.

Mengenai tahap kesedaran orang awam pada masa kini mengenai larangan merokok di kawasan taman awam, kenyataan media itu menyebut bahawa tiada kaji selidik dijalankan.

Bagaimanap­un, jabatan itu secara berterusan melancarka­n kempen untuk mendidik orang ramai.

“Pendidikan berterusan dilakukan melalui ceramah, seminar pameran, pengedaran media cetak (risalah) kepada pengurusan taman dan sebagainya,” katanya.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, terdapat 1,571 kompaun yang dikeluarka­n di bawah PeraturanP­eraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 antara 1 Jun 2017 dan 30 April 2018.

Jabatan itu menjelaska­n, kompaun yang dikeluarka­n itu turut meliputi orang awam yang ditangkap merokok di tempat awam, bukan hanya di taman awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia