Utusan Borneo (Sarawak)

PAIS santuni pelajar kurang bernasib baik SK Senadin

-

MIRI: Persatuan Iban Sarawak (PAIS) menghulurk­an sumbangan wang tunai kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Senadin di sini, bertujuan untuk membantu mengurangk­an beban yang ditanggung pelajar kurang bernasib baik di sekolah itu.

Sumbangan berupa wang tunai itu diserahkan Presiden PAIS Samuel Suring kepada Guru Besar James Nibong di sekolah berkenaan kelmarin.

Menurut Samuel, walaupun sumbangan mereka tidak seberapa namun ia diharap dapat membantu pelajar yang memerlukan di sekolah berkenaan, khususnya daripada golongan keluarga miskin dan kurang berkemampu­an.

“Dalam pada kami menghulurk­an sumbangan kepada golongan memerlukan khususnya dalam kalangan masyarakat Dayak, PAIS tidak mahu meminggirk­an anak- anak sekolah tanpa mengira bangsa dan agama mereka.

“Persatuan ini mahu memastikan setiap anak-anak menerima pendidikan sewajarnya dan jika mereka datang dari keluarga yang miskin dan kurang bernasib baik menyebabka­n tidak mampu membeli peralatan sekolah, belanja persekolah­an dan sebagainya, PAIS akan tampil membantu,” katanya.

Menurut Samuel, walaupun sumbangan mereka tidak sebanyak mana, namun ia diharap dapat menjadi contoh dan galakan kepada ahli-ahli persatuan itu sendiri supaya tidak melupakan tanggungja­wab mereka terhadap golongan kanak-kanak terutama pelajar yang kurang bernasib baik.

“Kami mahu menyemai rasa tanggungja­wab, kasih sayang dan keprihatin­an dalam kalangan ahli-ahli PAIS untuk kanak-kanak terutama murid-murid sekolah yang kurang bernasib baik,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, kehadiran Samuel ke sekolah tersebut turut ditemani beberapa ahli jawatankua­sa kebajikan PAIS iaitu Pauline Panting, Laju Rina, Chrosper Kelly dan Kanyan Badali, serta turut disaksikan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Linda Jalak.

 ??  ?? PELBAGAI PILIHAN: Jafar (dua kiri) dan Sandika melayan pelanggan di gerai mereka di Lot 777, Bazar Ramadan Limbang.
PELBAGAI PILIHAN: Jafar (dua kiri) dan Sandika melayan pelanggan di gerai mereka di Lot 777, Bazar Ramadan Limbang.
 ??  ?? PRIHATIN: Samuel (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kewangan daripada PAIS kepada James, sambil disaksikan Linda (kiri) serta ahli-ahli jawatankua­sa kebajikan PAIS.
PRIHATIN: Samuel (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kewangan daripada PAIS kepada James, sambil disaksikan Linda (kiri) serta ahli-ahli jawatankua­sa kebajikan PAIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia