Utusan Borneo (Sarawak)

Dua wanita tabah hadapi cabaran dalam perniagaan

-

LIMBANG: Detik hitam menyaksika­n muka pekerja wanitanya melecur di depan matanya dua bulan lepas tidak sesekali mematahkan semangat Jafar Azeez untuk meneruskan perniagaan yang menjadi periuk nasinya sejak lebih 20 tahun lalu.

Pemilik Restoran Dayana Curry House & Catering di Taman Cahaya, Jalan Sibukang itu menjadikan musibah hitam itu sebagai asam garam dalam perniagaan dan perlu dijadikan iktibar.

“Ini pengalaman pertama melihat muka pekerja saya melecur terkena saluran gas dari periuk nasi yang hendak ditutupnya.

“Insiden dua bulan lalu itu menyebabka­n kami lebih berhati-hati dan syukur tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui di gerainya di Lot 777, Bazar Ramadan di sini, semalam.

Jafar berkata, Sandika, 46, seorang pekerja yang setia, rajin dan sudah berkhidmat lebih 10 tahun di restoranny­a.

“Malah setiap kali menjelang bulan Ramadan, Sandika merupakan orang pertama yang begitu teruja untuk berniaga di gerai kami,” katanya.

Lebih mengharuka­n menurutnya, meskipun pernah berdepan detik hitam, Sandika tetap bersemanga­t dan ringan tulang membantu mereka berniaga.

“Apabila perkara sama berlaku pada orang lain, ia mungkin boleh menyebabka­n kita trauma dan tidak bersemanga­t untuk bekerja.

“Tetapi Sandika tetap sama seperti dulu dan bersemanga­t untuk turun bekerja di Bazar Ramadan kali ini, meskipun terpaksa memakai penutup hidung dan mulut,” katanya lagi.

Pada kali ini, pelbagai menu ditampilka­n di gerai Jafar untuk juadah berbuka puasa iaitu menu berkonsepk­an makanan India.

“Pelbagai menu dijual pada Bazar Ramadan kali ini.

“Paling laris termasuk nasi beriani, kari kambing, rojak mamak, kuih samosa ayam dan daging,” katanya.

Jafar memberitah­u, sambutan kurang meriah pada hari pertama dan kedua disebabkan hujan pada sebelah petang.

“Kelmarin dan hari ini cuaca kembali baik, pengunjung pun ramai, diharap suasana ini akan berkekalan sehingga penghujung Ramadan,” ujarnya lagi.

Selain Jafar, penebar roti canai, Fauziah Pudin 39, turut memanfaatk­an kemahiran menebar roti canai untuk meluaskan perniagaan keluargany­a.

Wanita terbabit yang sudah menebar roti canai sejak 10 tahun lalu kini salah seorang wanita tunggal di daerah ini yang berjaya meluaskan perniagaan roti canainya.

Fauziah berkata, sebagai penebar roti canai, tangan melecur terkena minyak panas sudah alah bisa, tegal biasa.

“Tiada perasaaan malu untuk menjadi penebar roti canai yang berjaya.

“Faktor jantina, perempuan dan lelaki bukan menjadi ukuran, bagi saya sama saja, yang penting minat dan usaha untuk berjaya,” ujarnya.

Fauziah memberitah­u, bakat menebar roti canai diwarisi daripada keluargany­a yang memang giat berniaga, selain minat yang tinggi untuk belajar sendiri. SIBU: Kelab Lions Sibu Pahlawan menjadikan sambutan Hari Gawai Dayak lebih bermakna buat penghuni Destiny for Children Associatio­n Sibu semalam.

Kelab yang diketuai presiden Kevin Lau itu menyumbang barangan keperluan asas untuk mengurangk­an beban anak-anak di pusat kebajikan itu.

“Barang-barang yang disumbangk­an termasuk beras, mi, sayuran, telur, susu tepung dan sebagainya.

“Sudah menjadi harapan kami agar barangan yang disumbangk­an itu dapat membantu meringanka­n beban anak-anak yang menghuni di situ.

“Ini membolehka­n mereka untuk belajar dalam keadaan tenang tanpa merisaukan masalah lain,” kata Lau sambil menambah bahawa sumbangan tersebut juga untuk menambah keceriaan perayaan kepada anakanak.

Lau menyerahka­n sumbangan itu kepada Pauline Rogers Jaban.

Turut hadir Pengerusi Sibu Life Care Society Teo Siew Ping.

 ??  ?? IKHLAS: Lau menyerahka­n sumbangan kepada Pauline, sambil diperhatik­an Teo (sepuluh kiri) dan yang lain.
IKHLAS: Lau menyerahka­n sumbangan kepada Pauline, sambil diperhatik­an Teo (sepuluh kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia