Utusan Borneo (Sarawak)

Lima suspek samun polis ditahan

-

KULIM: Polis mengklasif­ikasikan kes serang dan tetak yang bermotifka­n samun ke atas seorang anggota polis di Taman Desa Aman di sini pada 15 Mei lepas sebagai selesai apabila kelima-lima suspek ditahan.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata kesemua suspek iaitu empat lelaki dan seorang perempuan adalah warga tempatan yang berumur antara 18 dan 27 tahun itu ditahan di Pengkalan Hulu, Sungai Petani dan Negeri Sembilan pada 17 Mei.

“Kesemua suspek lelaki berasal dari Pengkalan Hulu, Perak manakala suspek perempuan dari Kuala Ketil, Kedah. Tangkapan itu turut menolak dakwaan mengatakan serangan dilakukan oleh waga Myanmar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini semalam.

Katanya, hasil siasatan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan narkotik dan memiliki barangan curi.

“Kami juga percaya, ketika serangan dilakukan ke atas anggota polis dari Pondok Polis Labu Besar yang berusia 50 tahun itu, suspek utama berada bawah pengaruh dadah,” katanya.

Ahmad Nasir berkata hasil tangkapan tersebut membawa kepada penemuan beberapa bahan bukti termasuk sebilah pisau berukuran 50 sentimeter panjang yang dipercayai digunakan semasa kegiatan samun, telefon bimbit, beg sandang milik mangsa dan sebuah kereta jenis Gen-2.

“Kami juga masih menyiasat sama ada kesemua suspek mempunyai kaitan dengan jenayah samun di tempat lain,” katanya.

Mereka kini direman hingga 24 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Dalam kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu, Koperal Fauzi Nayan mengalami kecederaan pada kepala, leher, lengan dan pipi akibat diserang sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatka­n rawatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKTI: Supt Ahmad (dua kanan) menunjukka­n senjata yang digunakan oleh suspek dalam kes serang dan tetak yang bermotifka­n samun ke atas seorang anggota polis di Taman Desa Aman pada 15 Mei lalu pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah...
— Gambar Bernama BUKTI: Supt Ahmad (dua kanan) menunjukka­n senjata yang digunakan oleh suspek dalam kes serang dan tetak yang bermotifka­n samun ke atas seorang anggota polis di Taman Desa Aman pada 15 Mei lalu pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia