Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis subahat kes tembak terselamat daripada tali gantung

-

PUTRAJAYA: Seorang inspektor polis berusia 51 tahun yang digantung tugas terselamat dari tali gantung semalam selepas Mahkamah Persekutua­n mengetepik­an sabitannya dari tuduhan bersubahat dalam kes menembak mati seorang tukang emas di Ipoh, Perak sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif membebas dan melepaskan Mohd Taufik Peter Abdullah selepas membenarka­n rayuannya bagi mengetepik­an hukuman mati dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah melakukan jenayah tersebut.

“Kami sebulat suara bersetuju dengan hujah bahawa pihak pendakwa telah gagal membuktika­n bahawa perayu (Taufik) berada di tempat kejadian jenayah oleh itu tuduhan terhadapny­a tidak dapat dibuktikan,” kata Raus.

Bersidang bersama beliau ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Balia Yusof Wahi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Rohana Yusuf.

Taufik yang digantung dari tugas di jabatan narkotik polis negeri Perak pada mulanya menghadapi tuduhan membunuh tetapi pada akhir kes pendakwaan, ia dipinda kepada tuduhan di bawah Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.

Pada 25 Mac, 2016, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhka­n hukuman mati ke atas Taufik selepas mensabitka­nnya dalam tuduhan membenarka­n pistolnya digunakan oleh S. Nagendran bila mereka merompak kedai Max Goldsmith & Jewellery di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, Perak, antara 3.30 petang hingga 5.10 petang pada 16 September 2009. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia