Utusan Borneo (Sarawak)

‘Saya hampir mati siasat kes SRC Internatio­nal’

-

PUTRAJAYA: “Saya hampir mati dalam (siasatan) kes ini (SRC Internatio­nal) dan takut untuk kembali ke SPRM ( Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia),” kata Datuk Seri Mohd Shukri Abdull Ketua Pesuruhjay­a SPRM semalam.

Namun katanya, selepas melihat situasi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau memberanik­an diri untuk memikul tanggungja­wab yang dimanahkan kepadanya itu kerana menganggap ia adalah untuk negara.

Mohd Shukri dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM yang baharu oleh Dr Mahathir pada Isnin lepas bagi menggantik­an Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletakkan jawatan berkenaan pada hari sama dan kembali ke Pejabat Peguam Negara.

“Saya kembali (ke SPRM) hanya untuk menyelesai­kan tugas yang tertangguh,” katanya pada sidang media khas SPRM di sini, semalam.

Beliau berkata, itu adalah syarat yang dinyatakan kepada Dr Mahathir selepas menerima tawaran jawatan berkenaan.

Mohd Shukri berkata ketika dipanggil Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana ( YKP), terdapat dua lagi calon bagi jawatan ketua pesuruhjay­a SPRM iaitu Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid.

“Kami bertiga telah berbincang dan masing- masing mahu menolak jawatan nombor satu SPRM itu kerana tidak mahu mengendali­kan kes-kes. Kami telah dipanggil seorang demi seorang oleh (Tun) Dr Mahathir untuk berbincang mengenai tawaran jawatan KP SPRM dan saya merupakan orang pertama yang dipanggiln­ya.

“Alasan saya menolak kerana saya telah bahagia hidup sebagai seorang pesara dan mempunyai seorang cucu yang saya amat sayangi, namun segalanya berubah apabila Mahathir bertanya: “Adakah anda terima tawaran saya, kalau begitu, esok (anda) boleh mula ( bertugas)?” katanya.

Bagaimanap­un, hasrat Mohd Shukri untuk terus menikmati persaraann­ya terbantut setelah soalan berkenaan diajukan kepadanya dan beliau mengakui sukar untuk menyatakan ‘Tidak’ kepada individu berusia 93 tahun itu yang masih berkhidmat untuk negara.

“Kalau wartawan tanya, adakah saya gembira ditawarkan jawatan berkenaan? Jawapan saya adalah tidak kerana pengalaman saya mengendali­kan kes SRC Internatio­nal amat menakutkan,” katanya.

SRC Internatio­nal ialah anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebelum ia diletakkan di bawah Kementeria­n Kewangan pada 2012. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia