Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa menteri lain cuba diyakinkan supaya mengambil tindakan terhadap Najib

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendakwa beliau dan bekas ketuanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu susulan hasil siasatan SPRM pada 2015 berhubung isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahka­n daripada SRC Internatio­nal Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi Najib, yang ketika itu merupakan perdana menteri.

Bagaimanap­un katanya, hanya tiga menteri ketika itu yang berani bersuara mengenainy­a iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

“Walaupun ugutan-ugutan diterima, kami berdua (Mohd Shukri dan Abu Kassim) tidak pernah berputus asa. Saya jumpa beberapa menteri dan Tan Sri Abu Kassim berjumpa dengan beberapa orang menteri untuk yakinkan mereka bahawa kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC Internatio­nal adalah kes yang benar, bukannya kes rekaan.

“Kami cakap kepada menteri- menteri tersebut, tolonglah buang orang ini, buang pelaku rasuah ini, gan-

Buang Najib dan gantilah dengan orang lain, gantikanla­h dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, orang yang ada integriti mulia untuk menjadi

menteri. ” perdana Datuk Seri Mohd Shukri Abdull Ketua Pesuruhjay­a SPRM

tilah dengan orang lain kalau sayangkan negara.

“Buang Najib dan gantilah dengan orang lain, gantikanla­h dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, orang yang ada integriti mulia untuk menjadi perdana menteri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen semalam.

Mohd Shukri berkata bagaimanap­un usaha beliau dan Abu Kassim gagal apabila hanya tiga menteri tersebut yang berani mengambil tindakan manakala menteri lain tidak berani melakukann­ya.

Beliau berkata apabila kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Najib tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini, ramai menteri yang ditemuinya pada 2015 telah menghubung­inya dan menyatakan kekesalan mereka kerana tidak mengambil tindakan terhadap Najib.

“Saya cakap dengan menteri- menteri itu saya tidak ada kepentinga­n. Bukan saya minta duit, bukan saya minta jawatan. Saya cakap benda yang benar supaya kita perbetulka­n keadaan sebelum terlambat.

“Ini adalah tentang 1MDB, RM2.6 bilion bukan cerita rekaan, ini cerita benar dan kes ini adalah terlalu besar untuk dilindungi,” katanya.

Mohd Shukri juga memberitah­u sidang berita itu bahawa selepas usaha meyakinkan menteri-menteri pada waktu itu tidak mencapai seperti yang dihasratka­n, beliau dan Abu Kassim kemudian mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-raja untuk meyakinkan majlis itu mengambil tindakan terhadap Najib.

“Kami ambil inisiatif kerana sayangkan negara dan berjumpa dengan Majlis Rajaraja...dua kali kami berjumpa dan kami telah minta kepada Tuanku, tolonglah tuanku tengok perkara ini, tapi kami hampa,” katanya.

Mohd Shukri dilaporkan sebagai individu yang melengkapk­an dua kertas siasatan berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC Internatio­nal.

Ketika itu, beliau merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Operasi) SPRM sebelum berasa wajib pada 2016.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad barubaru ini melantik semula Mohd Shukri sebagai ketua pesuruhjay­a SPRM bagi menggantik­an Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletakkan jawatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK BUKTI: Mohd Shukri menunjukka­n kenyataan media Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) ketika sidang media di ibu pejabat SPRM Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TUNJUK BUKTI: Mohd Shukri menunjukka­n kenyataan media Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) ketika sidang media di ibu pejabat SPRM Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Najib tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dekat Putrajaya, semalam bagi memberi keterangan berhubung siasatan kesa SRC Internatio­nal Sdn Bhd.
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Najib tiba di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dekat Putrajaya, semalam bagi memberi keterangan berhubung siasatan kesa SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia