Utusan Borneo (Sarawak)

Isu 1MDB: Najib tarik balik saman terhadap Dr Ling

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menarik balik saman fitnah yang difailkann­ya terhadap bekas Menteri Pengangkut­an Tun Dr Ling Liong Sik berhubung penerbitan artikel dalam satu portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri itu menyalah gunakan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumka­n peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di dalam kamar Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Darryl Goon Siew Chye yang kemudianny­a merekodkan persetujua­n bersama untuk menarik balik saman tersebut.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Ranjit Singh mewakili Dr Ling.

Ditanya pemberita mengenai alasan penarikan balik saman itu, Mohd Hafarizam berkata, beliau telah menasihatk­an anak guamnya menarik balik saman itu berikutan perubahan landskap politik negara dan banyak perkara lain yang lebih utama perlu diuruskan.

Sementara itu Ranjit berkata, mahkamah membatalka­n saman Najib tanpa kebebasan untuknya memfailkan semula saman dan turut memerintah­kan Anggota Parlimen Pekan itu membayar kos sebanyak RM25,000.

Ranjit berkata, anak guamnya (Dr Ling) turut menarik balik tuntutan balas yang difailkan pada 14 Disember 2015 terhadap Najib tanpa kebebasan untuk bekas presiden MCA itu memfailkan semula saman.

Pada 27 Oktober 2015, Najib atas kapasiti peribadi telah memfailkan saman terhadap Dr Ling selepas mendakwa bekas Menteri Pengangkut­an itu telah membuat kenyataan yang berbaur fitnah terhadapny­a dalam satu artikel yang disiarkan dalam portal berita itu pada 3 Okt 2015.

Dalam kenyataan tuntutanny­a, Najib berkata, Dr Ling secara palsu dan berniat jahat mengeluark­an kenyataan fitnah itu pada satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini dengan mendakwa kenyataan oleh Dr Ling membawa maksud beliau (Najib) telah menyalahgu­nakan dana awam untuk kepentinga­n peribadi.

Pada18Jula­i2016,mahkamah membenarka­n permohonan Najib untuk mengetepik­an afidavit Tun Dr Mahathir Mohamad yang difailkan untuk menyokong permohonan Dr Ling bagi membatalka­n saman tersebut.

Manakala pada 16 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Dr Ling untuk membatalka­n saman yang difailkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia