Utusan Borneo (Sarawak)

Raja-Raja Melayu beri perhatian berat berhubung isu 1MDB: Syed Danial

-

KUALA LUMPUR: Rajaraja Melayu telah memberikan perhatian yang berat berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada satu sidang media khas semalam, Syed Danial berkata susulan itu, Raja-raja telah menitahkan satu kenyataan pada 6 Okt 2015 berhubung isu itu.

“Sebenarnya, atas titah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, saya telah mengundang Ketua Pesuruhjay­a SPRM dan Timbalan serta pegawai kanan beliau menghadap baginda sekalian bagi menyembahk­an taklimat yang berkaitan.

“Dalam ruang lingkup peranan dan kuasa Rajaraja berlandask­an Perlembaga­an, Raja- raja telah menitahkan untuk satu kenyataan, yang menunjukka­n bahawa Duli- duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian yang berat, dikeluarka­n oleh Penyimpan Mohor Besar Raja- raja (pada 6 Okt 2015),” katanya dalam kenyataan semalam.

Syed Danial turut melampirka­n kenyataan tersebut yang antara lain menyatakan Raja-raja Melayu maklum bahawa kerajaan sedang melakukan siasatan dan menegaskan perlunya pihak kerajaan menyelesai­kan secepat mungkin penyiasata­n yang sedang berjalan itu.

Kenyataan lebih dua tahun lepas itu turut menyatakan kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihakpihak yang terlibat.

Selain itu, kenyataan itu juga menyatakan bahawa Raja-raja Melayu bimbang jika isu itu tidak ditangani dengan bijak serta berlarutan dan memakan masa lama, ia berpotensi menjejaska­n keadaan ekonomi negara dan memudaratk­an kehidupan rakyat jelata.

Mohd Shukri semalam mendakwa beliau dan bekas ketuanya di SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi menyakinka­n mereka untuk mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia