Utusan Borneo (Sarawak)

Najib beri keterangan sekali lagi kepada SPRM Khamis ini

-

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keterangan sekali lagi kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd pada Khamis ini.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, mengesahka­n perkara itu selepas hadir memberi keterangan lebih lima jam di ibu pejabat SPRM di sini, semalam.

Beliau berkata proses merekod keterangan semalam mengambil masa antara 10 pagi hingga 2.15 petang.

Proses yang dijalankan semalam adalah lanjutan daripada keterangan yang dibuat berhubung kes itu kepada SPRM pada 2015.

“Saya telah memberi kenyataan kepada SPRM pada 2015 atas isu SRC dan kenyataan hari ini (semalam) adalah lanjutan daripada proses itu. Cuma, ia lebih terperinci dengan pengesahan dokumen dan juga beberapa butiran yang lebih menyeluruh lagi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

“(Pihak SPRM memberi) setengah jam rehat, saya ucapkan terima kasih kepada pasukan yang ambil keterangan kerana telah melakukann­ya dengan profesiona­l,” katanya.

Bekas perdana menteri itu, yang memakai kemeja dan kot biru, meninggalk­an ibu pejabat SPRM pada jam 3.15 petang dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahka­n yang Najib tidak ditahan semalam manakala pihaknya akan memanggil satu atau dua lagi saksi penting berhubung kes itu.

Pengamal media tempatan dan antarabang­sa telah menunggu seawal jam 8 pagi semalam bagi membuat liputan kes itu yang melibatkan bekas perdana menteri tersebut.

Jumaat lepas, SPRM telah menyerahka­n notis meminta Najib hadir untuk memberi keterangan selepas suruhanjay­a itu membuka semula siasatan kes aliran wang dari SRC Internatio­nal, yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad ( 1MDB) sehingga ia diletakkan di bawah Kementeria­n Kewangan pada 2012.

Pada 26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahka­n bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes yang melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC Internatio­nal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia