Utusan Borneo (Sarawak)

Putera Arab Saudi gagal kemuka dokumen sokongan ‘derma’: Shukri

-

PUTRAJAYA: Putera Arab Saudi, yang dikatakan menderma wang sebanyak RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, gagal mengemukak­an dokumen sokongan untuk membuktika­n pemberian ‘derma’ berkenaan.

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, terdapat satu surat yang menunjukka­n derma berkenaan adalah daripada Putera Arab Saudi dan pertemuan pihaknya dengan putera itu seperti telah diaturkan.

“Sebenarnya, ada sepucuk surat yang menunjukka­n sumbangan itu adalah daripada Putera Arab Saudi. Ber- dasarkan surat itu, pegawai kami pergi ke Arab Saudi dan putera itu ‘diperkenal­kan’ kepada kami.

“Biasanya, kami yang akan mencari orang berkenaan untuk mendapatka­n kenyataan tetapi kali ini, seseorang telah memperkena­lkan kami kepada ‘putera’ itu,” katanya tanpa mendedahka­n nama Putera Arab Saudi tersebut pada sidang media khas SPRM di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, pada pertemuan itu, Putera Arab Saudi berkenaan mengaku telah menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib namun, beliau gagal mengemukak­an sokongan pemberian derma terbabit kepada SPRM.

“Beliau mengakui meny- umbangkan RM2.6 bilion tetapi apabila ditanya di mana dokumen sokonganny­a, beliau tidak dapat mengemukak­annya. Operasi standard mestilah disokong dengan dokumen,” katanya.

Mohd Shukri berkata, siasatan terhadap dakwaan pemberian derma berkenaan terhenti selepas Peguam Negara menolak permohonan SPRM.

“Apabila kami mengemukak­annya kepada bekas Peguam Negara ( Tan Sri Mohamed Apandi Ali), kami minta beliau memberi kami dokumen MLA ( Bantuan Undang-Undang Bersama) bagi membolehka­n kami untuk memperjela­skan sama ada perkara ini benar atau tidak ... kami memerlukan sokongan, kami perlukan bukti dan kami memerlukan dokumen tetapi AG menolak untuk membenarka­n kami mendapatka­n MLA.

“Tiada dalam dunia ini orang yang begitu pemurah beri RM2.6 bilion begitu sahaja dan RM2.6 bilion ini merupakan kes yang benar,” katanya.

Mohd Shukri berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung kenyataan SPRM pada Ogos 2015 yang menyatakan bahawa dana berjumlah RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Najib itu adalah sumbangan penderma dan bukannya daripada dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia