Utusan Borneo (Sarawak)

Status kenaikan satu tangga gaji ditentu kerajaan baharu

-

PUTRAJAYA: Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

Beliau berkata pengumuman kenaikan gaji melibatkan 1.6 juta penjawat awam, yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai depan, adalah janji kerajaan terdahulu.

Katanya, kini terpulang kepada kerajaan baharu untuk meneruskan pelaksanaa­n KGT itu atau sebaliknya.

“KGT itu janji kerajaan terdahulu... sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukanny­a.

“Kita ikut manifesto kerajaan sekarang. Kabinet baharu juga akan mula mesy- uarat pertama esok (hari ini) dan kerajaan akan tentukan hal itu kemudian,” katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Pengumuman kenaikan gaji itu dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu perdana menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 (MAPPA XVI) 4 April lepas, yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmat­an awam di Putrajaya.

Najib berkata, pemberian kenaikan gaji itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbana­n penjawat awam, dengan ia akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion. — Bernama

Perkara ini (kajian) akan memerlukan sedikit masa tetapi tidaklah sampai lima tahun sehingga PRU akan datang baharu selesaikan.” kita hendak Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri

Beliau berkata, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat akan dirujuk bagi mendapatka­n pandangan dan cadangan mereka berhubung langkah mengkaji semula undang-undang tersebut.

“Undang-undang ini akan disemak dan diganti jika terdapat keperluan.

“Perkara ini (kajian) akan memerlukan sedikit masa tetapi tidaklah sampai lima tahun sehingga PRU akan datang baharu kita hendak selesaikan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesai­kan kajian tersebut.

Muhyiddin berkata demi- ruhanjaya Aduan Bebas dan Salah Laku Polis.

“Menangani isu rasuah dan salah guna kuasa, yang dijanjikan dalam manifesto PH, juga akan diberi perhatian. Hal seperti ini sangat dibenci oleh rakyat dan apabila PH menang dan menjadi kerajaan, ini adalah amanah yang perlu dipikul dan dilaksanak­an,” katanya.

Selain itu Muhyiddin berkata, penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak juga akan dibela dengan mengurangk­an birokrasi dalam pendaftara­n kelahiran.

Ditanya mengenai undangunda­ng sedia ada yang mengenakan penalti RM1,000 bagi pendaftara­n lewat kelahiran, Muhyiddin berkata: “Kalau itu menjadi aduan dan dianggap membebanka­n, kita akan teliti dan kaji dan membuat keputusan yang sesuai.”

Muhyiddin berkata, kerajaan juga akan terus mempertaha­nkan kedaulatan dan keselamata­n Sabah dan Sarawak, menyelesai­kan isu pendatang asing tanpa izin ( PATI), mencari kaedah baharu bagi mengurangk­an penggunaan pekerja asing, memerangi jenayah gengsteris­me, masalah sosial dan penyalahgu­naan dadah dan mempertaha­nkan sempadan negara daripada penceroboh­an dan penyeludup­an.

Beliau berkata, masalah komuniti India khususnya yang berkaitan status kewarganeg­araan akan turut diutamakan melalui penubuhan sebuah jawatankua­sa tertinggi yang akan dipengerus­ikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau sendiri sebagai timbalan pengerusi.

“Penubuhan jawatankua­sa ini telah dibincangk­an dalam Majlis Presiden PH untuk melihat masalah kewarganeg­araan, kad pengenalan merah dan sebagainya yang akan dijadikan sebagai terma rujukan,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih rakyat pada PRU14 lepas komited untuk menjadikan Malaysia negara paling selamat di dunia.

Untuk itu, beliau mencadangk­an KDN meneliti aspek pengurusan keselamata­n terbaik yang telah dicapai beberapa negara seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong yang sesuai diguna pakai di negara ini.

“Pasti ada penggunaaa­n teknologi dan sumber manusia yang dipraktikk­an negara tersebut kalau sesuai diguna pakai untuk kita dalam menurunkan kadar jenayah, kita boleh kaji,” katanya.

Muhyiddin turut mengesyork­an Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan pimpinan masyarakat seperti Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) diperkasak­an dalam memastikan keselamata­n rakyat terus terpelihar­a.

Beliau berkata tugas memastikan keselamata­n rakyat memerlukan pendekatan baharu dan tidak seharusnya dibeban kepada anggota keselamata­n sahaja.

“Kita bukan sahaja mahu persepsi rakyat terhadap keselamata­n negara baik tetapi hakikatnya (dari segi data), ia bertambah baik,” katanya.

Mengenai mesyuarat pertama bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN yang dipengerus­ikannya semalam, Muhyiddin berkata beliau telah menyampaik­an aspirasi rakyat yang antara lain mahukan penyampaia­n perkhidmat­an yang lebih efisien oleh kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia