Utusan Borneo (Sarawak)

Program PERMATA diteruskan tetapi perlu dikaji dan diaudit

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Program PERMATA akan diteruskan tetapi ia perlu dikaji dan diaudit terlebih dahulu.

Beliau berkata, program itu merupakan program yang baik dalam membantu meningkatk­an pembanguna­n dan juga kebajikan kanakkanak.

“Program PERMATA telah dibawa ke perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Selain itu, program ini juga akan meningkatk­an kemahiran perkembang­an kanakkanak. Ia adalah sesuatu yang suci dan murni.

“Apa yang baik, kita sebagai kerajaan Pakatan Harapan, seperti perdana menteri katakan, akan teruskan. Tetapi bagaimana? Kita perlu mengaudit dan mengkaji termasuk melibatkan peruntukan, keberkesan­an kos dan hasil program,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sebelum itu, Dr Wan Azizah yang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam memulakan tugas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Beliau berkata, tiada tempoh ditetapkan untuk mengkaji dan mengaudit program PERMATA itu.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga berkata beliau dan Dr Mahathir setuju Program PERMATA adalah lebih relevan untuk diletakkan di kementeria­n itu berbanding Jabatan Perdana Menteri.

Ia memberi tumpuan terhadap usaha mendidik kanakkanak pada peringkat awal bagi mengembang­kan potensi dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia