Utusan Borneo (Sarawak)

TPM Dr Wan Azizah mula bertugas

-

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah melemparka­n senyuman sambil bersalaman dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa sejurus keluar dari kenderaan rasminya di lobi Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Dengan memakai kebaya labuh berbunga merah dan bertudung putih, Dr Wan Azizah melangkah masuk ke lobi Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan mengimbas kad perakam waktu pada jam 9.59 pagi.

Selepas itu, beliau menyertai bacaan doa.

Wanita lemah lembut dan sopan itu melakar sejarah negara apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan setelah mencatatka­n kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dr Wan Azizah yang diiringi Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Seri Mohd Zuki Ali kemudian ke pejabatnya di Aras 4 di mana beliau menandatan­gani surat rasmi memulakan tugas sebelum menghadiri taklimat khas yang diberikan Ali.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama, Dr Wan Azizah, 66, menyatakan komitmenny­a untuk bekerjasam­a dalam pasukan akrab dan saling melengkapi dalam semua usaha yang dicadangka­n kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagai pemimpin nombor dua negara, Dr Wan Azizah berkata, keutamaan beliau sekarang adalah untuk belajar dan men- dapatkan panduan bagi meneruskan kesinambun­gan yang terjalin selama ini untuk memenuhi harapan rakyat.

“Mula- mula saya masuk tempat baharu, tempat ( saya) tidak biasa, ( saya) tanya dulu, beri salam jumpa tuan rumah yang telah mengendali­kan kementeria­n ini selama ini.

“Selama 61 tahun kita tidak pernah beralih kuasa, jadi saya kena belajar. Saya perlu mengenali dan mendapatka­n panduan daripada pegawai kerajaan yang memberikan perkhidmat­an selama ini,” katanya pada sidang media pertamanya sebagai Timbalan Perdana Menteri di sini semalam.

Ditanya tentang pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama, Dr Wan Azizah menyifatka­nnya sebagai satu penghormat­an untuk golon- gan wanita di negara ini.

“Saya rasa ini adalah satu peluang dan juga keistimewa­an. Saya rasa amat berbesar hati kerana negara kita dapat mencapai tahap (peralihan) ini secara aman. Saya fikir ia (pelantikan sebagai timbalan perdana menteri) adalah amat bermakna bagi wanita Malaysia,” katanya.

Dalam pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, pagi ini, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga berkata, beliau meminta nasihat daripada perdana menteri mengenai langkahlan­gkah untuk menambah kecekapan dan mengelak pembaziran.

“Perdana Menteri juga memberi saya peluang menggalas tanggungja­wab memimpin beberapa agensi untuk membawa penam- bahbaikan oleh pentadbira­n baharu ini,” katanya.

Ditanya tentang tahun ini yang dijadikan Tahun Memperkasa Wanita oleh kerajaan sebelum ini, Dr Wan Azizah berkata perkara itu akan dikaji.

“Mungkin ada beberapa penambahba­ikan dalam mana-mana rancangan yang ada, jika perlu,” katanya.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu pernah disandang suaminya Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim dari 1993 sebelum dipecat daripada Kabinet pada 1998.

Dr Wan Azizah, yang juga ibu kepada enam anak, menceburi dunia politik dan menggalas tanggungja­wab besar menerajui PKR yang diasaskann­ya bersama-sama suaminya semasa kemelut politik 1998 bagi mendapatka­n keadilan untuk Anwar. — Bernama PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull diminta membuat laporan polis jika benar beliau menerima ancaman semasa menjalanka­n siasatan terhadap 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan hanya boleh diambil jika laporan polis dibuat dan wujud prima facie selepas siasatan dilakukan.

“Kalau ada laporan bahawa beliau diancam...polis kena siasat, perlu kemukakan fakta dan hasil siasatan.

“Itu prosedur operasi standard kami dan kalau ada prima facie tindakan akan diambil,” katanya pada sidang media selepas memulakan tugas rasmi di kementerin­nya di sini semalam.

Beliau mengulas pendedahan Mohd Shukri yang mendakwa terpaksa meninggalk­an Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan skandal kewangan berkaitan SRC Internatio­nal Sdn Bhd, bekas subsidiari 1MDB, tiga tahun lepas.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Muhyiddin berkata, beliau yakin Ketua Pesuruhjay­a SPRM itu tahu apa yang perlu dilakukan berhubung pendedahan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata, polis akan cuba menyelesai­kan secepat mungkin siasatan skandal 1MDB yang kini mendapat perhatian ramai.

Beliau berkata, selain polis, siasatan kes tersebut turut melibatkan agensi lain antaranya SPRM.

“Sebab itu saya tidak boleh ulas panjang bagi pihak polis, kami akan cuba selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Mengenai kemungkina­n polis akan membuka semula siasatan kes kematian model Mongolia Altantuya Sharibuu, Mohamad Fuzi berkata, beliau perlu berbincang dengan pegawainya terlebih sebelum membuat sebarang keputusan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Wan Azizah hadir taklimat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua kanan) ketika memulakan tugas pada hari pertama di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, dekat Putraya, semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Wan Azizah hadir taklimat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua kanan) ketika memulakan tugas pada hari pertama di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, dekat Putraya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia