Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang sedia ada dilulus secara terburu-buru, membawa pengertian yang amat luas dan boleh disalahgun­akan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menubuhkan sebuah pasukan pakar undang-undang untuk mengkaji sama ada Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan April lepas patut dimansuhka­n atau dipinda, kata menterinya yang baharu, Gobind Singh Deo.

Gobind berkata beliau dan pasukan itu akan mengkaji semua perkara berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar sebelum mengemukak­an satu cadangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Kabinet hari ini.

“Saya fikir ramai orang hendak tahu apa itu berita tidak benar, siapa yang boleh menentukan­nya? Saya sering menegaskan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar telah dibawa ke Parlimen untuk kelulusan secara tergesages­a, tidak difikirkan dengan semasak-masaknya. Kesannya, undang-undang tersebut membawa pengertian yang amat luas dan boleh disalah guna.

“Itulah sebabnya kenapa kita perlu mengkajiny­a,” kata Ahli Parlimen Puchong itu, yang memulakan hari pertamanya bertugas di kementeria­n pada jam 8.15 pagi semalam.

Gobind yang memakai kot dan bertali leher belang merah, tiba dengan kenderaan rasminya. Beliau diambut oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan para pegawai. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Ditanya pandangan beliau mengenai banyak negara melihat Akta Antiberita Tidak Benar sebagai landasan untuk menyekat penyebaran berita seumpama itu, Gobind berkata sebelum akta tersebut diluluskan pun, negara telah mempunyai undang-undang lain yang boleh menangani berita- berita tidak benar, jika ada.

“Persoalann­ya ialah adakah kita boleh menambah baik undang- undang tersebut? Inilah masalahnya kini dan perlunya peraturan untuk mengawal media hari ini. Apa yang kita bimbangi ialah pembentang­an rangrang undang berkenaan oleh kerajaan terdahulu dibuat secara tergesa-gesa dan tidak difikirkan dengan masak. Undang-undang itu boleh disalahtaf­sirkan, saya fikir bukan begitu caranya hendak membuat undang-undang.

“Undang-undang sepatutnya merujuk kepada perkara khusus dan tepat supaya para hakim dan penyiasat yang akan menggunaka­nnya kelak memahaminy­a. Itulah sebabnya kita kena bergerak ke depan dan kerana itu kita perlu memansuhka­n Akta Antiberita Tidak Benar,” kata beliau seraya menambah, beliau akan berjumpa badanbadan bukan kerajaan dan agensi-agensi berita untuk mendapatka­n pandangan mereka juga.

Selain Akta Antiberita Tidak Benar, Gobind berkata terdapat juga undang-undang lain yang perlu dikaji semula seperti Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang menyekat kebebasan bersuara.

Di samping itu, katanya inilah pendekatan berbeza yang diambil Pakatan Harapan yang komited untuk membina satu sistem yang mana pihak media boleh melaporkan berita tanpa memihak atau berasa takut.

“Inilah akta- akta yang sedang saya teliti dan adalah diharapkan apabila kita mencadangk­an agar ia dimansuhka­n atau dipinda kelak, kami mendapat maklum balas daripada pihak pemberita. Banyak juga pemberita yang telah menemui saya secara individu dan mencadangk­an pelbagai cara untuk menambah baik sesetengah daripada undang-undang tersebut.

“Saya menyambut baik kritikan – kita mahu maju dan mahukan pendapat-pendapat yang jujur. Para pemberita boleh datang berjumpa saya, tengoklah macam mana kita boleh memperbaik­inya nanti,” kata Gobind.

Ditanya kemungkina­n terdapat sesetengah daripada undang- undang tersebut sudah lapuk, beliau berkata kementeria­n akan mengkaji dan memperhalu­si undangunda­ng yang lapuk dan bertindih, memandangk­an perlembaga­an negara juga ada menyentuh soal kebebasan bercakap dan bersuara.

Sudah tentu tidak wujud kebebasan mutlak kerana undang-undang seperti yang termaktub dalam perlem-

Undangunda­ng sepatutnya merujuk kepada perkara khusus dan tepat supaya para hakim dan penyiasat yang akan menggunaka­nnya kelak memahaminy­a.” Gobind Singh Deo Menteri Komunikasi dan Multimedia

bagaan itu mempunyai batas-batasnya tersendiri. Kita perlu melihat bagaimana undang-undang perlu dikemas kini memandangk­an teknologi dan liputan media bergerak laju ke depan berbanding 20 tahun lepas.

“Inilah bidang-bidang yang sangat penting. Undang-undang tersebut perlu disemak semula supaya kemas kini dan memberi lebih kebebasan kepada akhbar,” tambah beliau.

Menurut Gobind, penubuhan majlis media dan pengukuhan kebebasn media adalah antara agenda utama beliau seperti yang dinyat- akan dalam manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan yang ia berjanji akan menunaikan­nya dalam masa 100 hari.

“Kebebasan media kini menjadi keutamaan saya. Saya telah mengulangi komitmen saya agar para pemberita diberi kebebasan untuk melaporkan berita seadanya.

“Saya dimaklumka­n sebelum ini terdapat kekangan tertentu dalam melaporkan berita. Isi kandungann­ya masih ada tetapi apa yang disiarkan tetap boleh dipertikai­kan,” tambah beliau.

Mengenai cadangan pe- nubuhan majlis media, Gobind berkata beliau akan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai perkara itu sebelum pelaksanaa­nnya kerana masih ada isu- isu lain yang perlu diselesaik­an terlebih dahulu.

“Perbincang­an mengenai cadangan itu, bagaimana ia boleh ditubuhkan, siapa yang akan menjadi anggotanya dan apa terma-terma rujukannya, sedang berjalan. Yang penting, akhirnya ia terlaksana,” kata beliau.

Mengenai Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind berkata mungkin beberapa peruba- han akan dilaksanak­an dan beliau akan mengkaji semula beberapa undang- undang dan masalah yang dihadapi badan itu ekoran beberapa aduan yang diterima mengenai suruhan jaya itu akhirakhir ini.

Dalam sesi taklimat hampir dua jam itu, Gobind berkata kementeria­n juga ada berbincang mengenai cara untuk memperting­katkan perkhidmat­an jalur lebar, yang menerima banyak rungutan, ke arah kemungkina­n menggandak­an kelajuanny­a, yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PIKUL TUGAS: Gobind mengimbas kad pada mesin perakam waktu elektronik pada hari pertama masuk ke pejabat Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk memulakan tugas sebagai menteri yang baharu semalam. Turut hadir Dr Sharifah (dua kiri)...
— Gambar Bernama PIKUL TUGAS: Gobind mengimbas kad pada mesin perakam waktu elektronik pada hari pertama masuk ke pejabat Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk memulakan tugas sebagai menteri yang baharu semalam. Turut hadir Dr Sharifah (dua kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia