Utusan Borneo (Sarawak)

Rina tumpu rapat jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar

-

PUTRAJAYA: Merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar merupakan antara misi utama yang akan dilaksanak­an Menteri Pembanguna­n Luar Bandar yang baharu, Rina Mohd Harun.

Rina yang memulakan tugasnya secara rasmi semalam berkata stigma masyarakat yang menganggap kawasan luar bandar sebagai mundur dan tidak membangun adalah tidak benar dan beliau nekad membetulka­n persepsi itu.

“Kita harus ingat bahawa di negara kita hanya 30 peratus sahaja kawasan bandar manakala 70 peratus lagi ialah separuh bandar dan luar bandar. Pembanguna­n infrastruk­tur juga bukanlah satu- satunya solusi untuk golongan luar bandar,” ka- tanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini semalam.

Sementara itu, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata pihaknya akan mengkaji semula segala projek di bawah kementeria­n itu yang masih dalam fasa perancanga­n dan projek yang tidak menguntung­kan rakyat.

“Kita akan kaji semula (projek dalam perancanga­n) tetapi projek-projek yang telah diluluskan akan diteruskan,” katanya.

Walaubagai­manapun, Rina berkata beliau hanya akan membuat sesuatu keputusan selepas bertemu dengan semua agensi dan syarikat di bawah kementeria­n namun menegaskan bahawa rasuah harus diperangi demi kebaikan sejagat.

“Saya percaya bahawa negara kita akan lebih maju dan masyarakat dapat mendapat manfaat sekiranya rasuah dapat dibanteras habis-habisan,” katanya.

Sebelum memasuki pejabatnya pagi ini, Rina telah bertemu dengan kepimpinan tinggi kementeria­n itu dan beliau turut dimaklumka­n secara ringkas hal-hal penting yang berkaitan.

Di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, terdapat sembilan agensi yang melaksanak­an aspirasi kementeria­n seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan lain-lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia