Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin tolak dakwaan MB Johor lantik orang UMNO sebagai setiausaha

-

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan kononnya anggota UMNO dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Johor Osman Sapian sehingga menyebabka­n ketidakpua­san hati anggota PH di peringkat akar umbi.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata individu terbabit, Fizwan Rashidi, bukan anggota atau bekas anggota UMNO, sebaliknya merupakan Pegawai Tadbir Negeri.

“Yang dilantik itu ialah Ketua Setiausaha Pembanguna­n di bawah Pejabat Menteri Besar dan ini perkara biasa sejak zaman saya sebagai Menteri Besar lagi, jawatan ini dilantik dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri.

“Yang beliau ( Osman) lantik ialah (individu) yang dicadangka­n oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan individu ini ialah Pegawai Tadbir Negeri. Sebab itu saya kata jangan cepat melompat,” katanya pada sidang media pertamanya sebagai Menteri Dalam Negeri, di sini semalam.

Justeru, beliau menyeru anggota PH supaya meneliti setiap dakwaan yang mereka dengar kerana ia mungkin hanya direka-reka oleh pihak tertentu.

Dalam pada itu, Muhyiddin meminta akar umbi PH di Johor supaya bersabar dan tidak membuat kesimpulan terlalu awal terhadap kempimpina­n Osman yang baharu dilantik menerajui pentadbira­n kerajaan negeri.

“Beri dia masa dan peluang. Saya telah maklumkan dahulu saya akan pantau, bukan untuk mencampuri urusan pentadbira­n, tetapi memantau jika ada perkara-perkara yang perlu saya nasihatkan,” katanya

Muhyiddin berkata rakyat harus menilai pentadbira­n kerajaan negeri berdasarka­n tindakan- tindakan yang akan dibuat terutamany­a dalam melaksanak­an janji dalam manifesto PH untuk Johor.

“Apa yang kita tawarkan untuk negeri Johor dalam manifesto, saya telah minta untuk diberi perhatian awal seperti membekalka­n air percuma 10 meter padu dan menghapusk­an pembayaran lesen- lesen untuk pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia