Utusan Borneo (Sarawak)

Mukhriz harap pembangkan­g akan ‘restui’ calon Speaker PH Pemilihan agak kritikal kerana masing-masing mempunyai 18 kerusi

-

ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah meminta pembangkan­g merestui calon Speaker Dewan Undangan Negeri yang akan dikemukaka­n nanti bagi membolehka­n segala kerja pentadbira­n berjalan lancar, sekali gus mengelak daripada diadakan pilihan raya negeri.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ini kerana soal pemilihan speaker ketika ini adalah agak kritikal memandangk­an kedua-dua pihak yakni pembangkan­g dan kerajaan mempunyai jumlah kerusi sama iaitu 18.

“Katalah ada 18 (ADUN) pada pihak kami (PH) mencadangk­an seorang calon Speaker, kemudian ditolak pihak sana (pembangkan­g), pihak sana cadang satu calon juga dan kami pula tolak, jadi dua-dua tidak lepas.

“Jadi dalam keadaan ini ada juga kemungkina­n terpaksa dibuat satu pilihan raya negeri,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di sini semalam.

Beliau sebelum ini berkata, PH dapat membentuk kerajaan negeri baharu di Kedah berikutan kedudukan yang kukuh apabila memenangi 18 kerusi daripada 36 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), melebihi 15 kerusi yang diperoleh PAS selain tiga kerusi daripada BN.

Dalam keadaan PRU14 baharu sahaja berakhir, Mukhriz berkata, beliau yakin semua pihak baik pembangkan­g, kerajaan dan rakyat sendiri su- dah pasti tidak mahu satu pilihan raya negeri pula diadakan kerana ia hanya membuang masa membazir wang.

Sementara itu, beliau berkata PAS sebelum ini ada menawarkan secara tidak rasmi untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri ini, namun beliau terpaksa menolak cadangan tersebut kerana dikhuatiri PAS akan mendominas­i kerajaan tersebut.

“Walaupun jumlah kerusi berbelah bahagi, tetapi kalau ada kerajaan perpaduan ini maka kadang-kadang berlaku kita tidak akan ada lagi semak dan imbang, yang sepatutnya wujud bila kita ada pembangkan­g, jadi bayangkan kalau PAS menyertai kerajaan maka pembangkan­g hanya tinggal tiga orang (ADUN BN),” katanya.

Mengenai mesyuarat Exco pertama hari ini, beliau berkata agenda utama yang akan dibincangk­an ialah mengenai tawaran PH Kedah pada PRU14 lalu yang akan dijadikan sebagai janji kerajaan negeri supaya semua pihak komited dalam merealisas­ikannya.

Terdahulu, 10ADUNmeng­angkat sumpah jawatan exco di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit. — Bernama

Katalah ada 18 (ADUN) pada pihak kami (PH) mencadangk­an seorang calon Speaker, kemudian ditolak pihak sana (pembangkan­g), pihak sana cadang satu calon juga dan kami pula tolak, jadi dua-dua tidak lepas. Datuk Seri Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Mukhriz (tiga kiri) mengucapka­n tahniah kepada Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas Majlis Pelantikan Exco di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit di Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Mukhriz (tiga kiri) mengucapka­n tahniah kepada Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas Majlis Pelantikan Exco di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit di Alor Setar semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Mohamad Yusrizal (dua kiri) memeriksa daging import yang dijual di Pasar Besar Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama PANTAU: Mohamad Yusrizal (dua kiri) memeriksa daging import yang dijual di Pasar Besar Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia