Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid, Hishammudd­in menghadap Raja Perlis

-

ARAU: Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l di Istana Arau, dipercayai berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Perlis yang belum selesai.

Ahmad Zahid yang disertai Naib Presiden yang menjalanka­n tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, dilihat memasuki kawasan Istana kira-kira jam 11.20 pagi menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Tuanku Syed Sirajuddin pula dilihat memasuki kawasan Istana menaiki kenderaan rasmi baginda kira-kira jam 11.55 pagi.

Pertemuan berlangsun­g selama kira-kira satu jam 20 minit sebelum Ahmad Zahid dan Hishammudd­in dilihat keluar dari kawasan Istana pada kira- kira jam 1.15 petang.

Mereka hanya melambai ke arah wartawan yang menunggu di luar istana manakala kenderaan yang membawa mereka tidak berhenti.

Pertemuan dipercayai berkaitan isu pelantikan Menteri besar yang belum selesai setelah kesemua 10 anggota Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional (BN) menghadap Tuanku Syed Sirajuddin pada 18 Mei lepas.

Sebelum itu pada 12 Mei, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan mempersemb­ahkan tiga nama kepada Tuanku Syed Sirajuddin untuk dipilih sebagai Menteri Besar.

Kemelut yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas itu telah berlanjuta­n sehingga hari ke-13 semalam, seakan-akan menyamai kes pelantikan Menteri Besar pada 2008 yang mengambil masa sehingga dua minggu untuk diselesaik­an.

Pada PRU14, BN memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandi­ngkan, cukup untuk BN menubuhkan kerajaan, namun sehingga semalam Perlis adalah satu-satunya negeri yang belum melantik Menteri Besar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia