Utusan Borneo (Sarawak)

Projek infra berkos tinggi di Johor akan dikaji semula

-

JOHOR BAHRU: Beberapa projek infrastruk­tur di negeri ini yang belum mendapat Surat Setuju Terima ( SST) daripada Kementeria­n Kewangan akan dikaji semula bagi memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat sekali gus membantu menjimatka­n perbelanja­an kerajaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Infrastruk­tur dan Pengangkut­an negeri Mazlan Bujang berkata ini termasuk projek Hospital Pasir Gudang yang terletak di Bandar Seri Alam yang dianggarka­n kos pembinaann­ya sebanyak RM500 juta.

Menurut beliau, ini juga selari dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu melaksanak­an tender terbuka kepada semua projek kerajaan.

“Kajian ini akan dilak- sanakan terhadap projek baharu yang belum mendapat SST sehingga kami mendapat arahan terbaru daripada Kementeria­n Kewangan dan mana-mana projek yang telah berjalan sebelum ini akan terus berjalan seperti biasa.

“Kalau projek Hospital Pasir Gudang misalnya, kami jangka boleh menjimatka­n 10 peratus atau RM50 juta duit rakyat melalui pelaksanaa­n tender terbuka berbanding kaedah rundingan terus sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembinaan Lebuhraya Pasir Gudang di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini semalam.

Tambah Mazlan, kaedah rundingan terus hanya akan terpakai kepada projek kecemasan atau yang melibatkan kepakaran dalam bidang tertentu.

Dalam pada itu, be- liau juga memaklumka­n bahawa pihaknya juga akan menjalanka­n kajian penambahba­ikan semua jalan raya yang terdapat di negeri Johor terutamany­a lokasi yang seringkali menjadi kawasan kemalangan.

“Pada saya, ini misi utama kerajaan PH kerana masalah kesesakan jalan raya itu boleh diselesaik­an pada masa akan datang tetapi masalah kehilangan nyawa ini lebih mudarat dan perlu mendapat perhatian.

“Kami juga akan menambah baik sistem aduan kami. Rakyat kena faham kami sekarang masih baharu lagi dan masih belum melantik barisan atasan tetapi Insya-Allah selepas ini, setiap aduan rakyat kami akan ambil kira, mana yang baik kami akan buat sebab kerajaan PH lebih terbuka dalam hal-hal ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia