Utusan Borneo (Sarawak)

Isu lambakan, potongan tinggi padi petani T’ganu selesai

-

ALOR SETAR: Harga daging tempatan di sesetengah tempat di negeri ini meningkat hingga mencecah RM36 sekilogram dan membebanka­n pengguna.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, antara yang paling tinggi ialah di Sungai Tiang dan Paya Mat Inson di Pendang iaitu RM35 hingga RM36 sekilogram, berbanding harga biasa RM32 sekilogram.

Katanya, turut berlaku kenaikan ialah di Jalan Datuk Kumbar dan Jalan Hutan Kampung di daerah Kota Setar iaitu dari RM34 hingga RM35, termasuk juga di Kulim/ Bandar Bharu dan Langkawi.

“Kita bertindak atas aduan diterima dan pemantauan bersama Gerakan Pemantau mendapati ada kawasan naik dan ada yang masih kekal pada RM30 hingga RM33 seperti di Pasar Besar Alor Setar. Dakwa peniaga mereka dapat lembu hidup dengan harga mahal,” katanya selepas mengadakan pemantauan harga barang sempena Ramadan di Pasar Besar Alor Setar di sini, semalam.

Beliau berkata, harga lembu hidup ketika ini turut naik mendadak hingga RM5,000 seekor berbanding RM4,000 seekor, ekoran daripada bekalan berkuranga­n.

“Saya mengesyork­an agar kerajaan dapat mencari mekanisma terbaik untuk meningkatk­an populasi lembu di negeri ini dengan mewujudkan lebih ramai penternak dan padang ragut yang luas agar lembu-lembu ini dapat membiak serta meningkat seterusnya harganya dapat diturunkan,” katanya.

Seorang peniaga daging, Mohd Fadzly Mohd Rodzi, 33 berkata, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan menaikkan harga daging bagi menampung kos operasi yang meningkat.

“Jika dulu kami beli lembu hidup RM3,000 seekor, tetapi sekarang naik hingga RM4,500 seekor dan untuk berniaga kami beli juga dan jual tinggi sedikit, pengguna ada mengeluh kata mahal, namun mereka beli juga dalam kuantiti sedikit,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna, Mohd Zahir Ishak, 49, berharap harga daging tempatan dapat dikawal agar tidak terus menekan pengguna terutama untuk kegunaan menjelang hari raya akan datang.

“Walaupun mahal, saya beli sedikt untuk berbuka bersama anak-anak di rumah, saya harap isu daging mahal ini dapat diatasi segera kerana ia naik pada setiap tahun seperti tiada kawalan oleh pihak terbabit,” katanya. — Bernama BESUT: Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata isu lambakan padi dan potongan hasil padi yang tinggi oleh kilang BERNAS di Besut sejak seminggu lepas telah berjaya diselesaik­an.

Katanya, isu yang menjadi rungutan majoriti penanam padi di Besut itu telah diambil tindakan segera oleh pegawai dan kakitangan kilang BERNAS Bukit Kenak dengan membaik pulih kerosakan jentera di kilang BERNAS.

Selain itu katanya mereka juga melaksanak­an kerja lebih masa bagi memastikan proses penghantar­an padi ke kilang diselesaik­an dalam tempoh tidak lebih dari 10 minit bagi setiap penghantar­an bagi mengatasi masalah itu.

“Saya telah diberitahu yang masalah lambakan hasil padi yang berlaku sejak seminggu lalu adalah akibat masalah teknikal di kilang berkenaan yang kini telah dibaiki bagi membolehka­n penghantar­an padi kembali normal dan berjalan lancar seperti biasa,” katanya selepas mengadakan pemantauan ke kilang BERNAS Bukit Kenak, Jertih di sini petang kelmarin.

Sebelum ini isu lambakan padi itu timbul apabila dianggarka­n lebih 200 lori pengangkut­an padi menghadapi masalah untuk menghantar padi petani ke kilang itu setelah pengurusan­nya tidak lancar sejak seminggu lalu ekoran kerosakan jentera itu.

Lambakan itu juga berlaku apabila penghantar­an hasil padi berlaku secara mendadak ekoran hasi tuaian padi yang semakin meningkat hingga menyebabka­n kilang Bernas Bukit Kenak tidak dapat melakukan giliran penerimaan hasil padi dengan lancar berbanding dengan keadaan sebelumnya.

Mengenai isu potongan hasil padi yang tinggi sehingga 30 peratus berbanding sebelumnya daripada 20 hingga 21 peratus sahaja, Dr Azman menjelaska­n tindakan sedemikian dikenakan adalah bagi mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia