Utusan Borneo (Sarawak)

Hampiri sasaran memenangi satu trofi pada empat tahun pertama di Liverpool apabila berdepan Real di final Liga Juara-Juara

-

LIVERPOOL, England: Kali terakhir Liverpool berdepan dengan Real Madrid, pengurus kelab ketika itu, Brendan Rodgers menurunkan skuad kedua jadi ia mustahil untuk melihat di mana kelab England paling berjaya di Eropah boleh bersaing dengan kelab digelar ‘Raja Eropah’.

Madrid menang 1- 0 di Santiago Bernabeu pada bulan November 2014, dua minggu selepas memberikan kekalahan terburuk Liverpool di tempat sendiri di Eropah dengan kekalahan 0-3.

Jurang yang sangat besar di antara kedua-dua pasukan adalah ketara di mana bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo mendapat tepukan hormat di gelanggang yang menjadi gelanggang kebencian ketika bersama United.

Bagaimanap­un, selepas tiga tahun setengah yang lalu, Jurgen Klopp sudah mengubah juara Eropah lima kali itu kembali yakin bahawa kemaraan mereka di final Liga Juara-Juara adalah selayaknya dan akan sekali lagi menentang Real Madrid untuk menentu kejuaraan di Eropah.

“Banyak perkara berlaku sejak saya datang ke sini tetapi perubahan terbesar ialah bagaimana orang berubah dengan bagaimana mereka menyukai pasukan ini,” kata Klopp Isnin lepas.

“Ia amat menarik dan membantu. Pemain selayaknya penghargaa­n ini. Mereka cukup luar biasa musim ini, sentiasa boleh menjadi lebih bagus tetapi ia benar-benar bagus dan satu langkah besar berbanding musim lepas.”

Tempoh Klopp di kelab bagaimanap­un tidak selancar yang dibayangka­n. Beliau mengakui selepas menewaskan juara Liga Perdana, Manchester City 5-1 secara agregat di peringkat suku akhir di mana masa semakin singkat tentang janji beliau untuk memenangi satu trofi pada empat tahun pertama beliau di kelab.

Berbeza dengan pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, Real memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara, satu kejuaraan La Liga, dua Piala Kelab Dunia dan dua Piala Super Eropah.

Bagaimanap­un, manapun, situasi di Anfield nfield di mana Liverpool erpool sekarang boleh bersaing dengan engan kelab elit Eropah ropah dan juga dengan Klopp menandanan­datangani kontrak ntrak baharu sehingga gga 2022 – yang terbaik erbaik bakal tiba.

“I n i mungkin permulaan untuk sesuatu u yang istimewa mewa di bawah bimbingan Klopp, beliau berkelas dunia,” kata kapten Liverpool terakhir yang menjulang trofi Liga JuaraJuara, Steven Gerrard selepas Liverpool menewaskan AS Roma 7-6 secara agregat di separuh akhir. Watak mesra Klopp di tepi padang dan meraikan kemenangan bersama pasukan me menjadikan beliau d disenangi peminat peminat, pemain dan juga media. B a g a i m - anapun, perhatian yang beliau cipta b biasanya meny menyembune yikan pe perincian dalam pera perancanga­n p pasukannya. Paling k e t a r a ial ialah perpindaha­n pemain terbaiknya, Philippe Coutinho ke Barcelona dengan rekod jualan Liga Perdana berjumlah 142 juta pound pada pertengaha­n musim yang boleh menjejaska­n perjalanan Liverpool ke final.

Pemergian Coutinho menjejaska­n cabaran Liverpool dan kreativiti untuk membantu tiga penyerang. Namun Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino terus menyerlah dengan ketiga-tiga pemain berganding­an menjaringk­an 90 gol musim ini.

Di belakang mereka ialah Alex Oxlade-Chamberlai­n, yang menjaringk­an satu gol cantik ketika Liverpool menewaskan City 3-0 pada perlawanan suku akhir pertama di Anfield.

Apabila Oxlade-Chamberlai­n mengakhiri musim lebih awal kerana kecederaan lutut ketika menentang Roma di separuh akhir, Georginio Wijnaldum mengambil tempat untuk menjaringk­an gol, yang terbukti gol kemenangan pada perlawanan kedua di Rom.

“Saya fikir Jurgen adalah pakar dalam membeli pemain dengan apa yang beliau benar-benar perlukan untuk sesuai dengan cara pasukan beliau bermain,” kata pengurus City, Pep Guardiola, yang mengalami lebih banyak kekalahan kepada Klopp berbanding pengurus lain.

Pada musim pertama Klopp di Liverpool, mereka tewas di final Piala Liga dan Liga Europa kepada Manchester City dan Sevilla.

Musim keduanya, beliau membawa bola sepak Liga JuaraJuara untuk kali kedua dalam tempoh lapan tahun dan pada musim ketiga, bel i a u m e - letakkan status Liverpool sebagai kelab elit Eropah dengan kemaraan ke s e p a r u h akhir sekali lagi dan kemudian ke final.

 ?? — Gambar Reuters ?? Salah (tengah) menyertai rakan sepasukan menghadiri sesi latihan bersama skuad Liverpool dalam persiapan menghadapi Real pada pelawanan final Liga Juara-Juara di Anfield, Liverpool Ahad lepas. KLOPP
— Gambar Reuters Salah (tengah) menyertai rakan sepasukan menghadiri sesi latihan bersama skuad Liverpool dalam persiapan menghadapi Real pada pelawanan final Liga Juara-Juara di Anfield, Liverpool Ahad lepas. KLOPP
 ??  ?? DIGERUNI:
DIGERUNI:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia