Utusan Borneo (Sarawak)

Emery dijangka pengganti Wenger: BBC

-

LONDON, England: Bekas jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Unai Emery dijangka akan menjadi pengganti Arsene Wenger selepas 22 tahun menjadi pengurus Arsenal, menurut laporan penyiaran BBC Isnin lepas.

Emery, 46, memenangi kejuaraan Ligue 1 Perancis dan empat kejuaraan domestik dalam tempoh dua musim di PSG sebelum meninggalk­an kelab pada awal bulan ini.

Bagaimanap­un, beliau menerima padah dari kegagalan PSG melepasi pusingan kedua Liga Juara-Juara dalam dua musim di Parc des Princes.

“Emery muncul sebagai pilihan sebulat suara ekoran satu proses pemilihan di mana semua calon telah ditemuduga,” kata BBC.

PSG sebelum ini melangkah ke peringkat suku akhir sebanyak empat kali berturut-turut selepas diambil alih pemilikan kelab oleh hartawan dari Qatar pada 2011 tetapi Emery melihat pasukannya tewas kepada Barcelona di pusingan kedua setahun yang lalu walaupun menang 4-0 pada perlawanan pertama tetapi tewas 1-6 pada perlawanan kedua.

Kelab kemudian membelanja­kan 400 juta euro untuk membawa Neymar dan Kylian Mbappe - dua perpindaha­n termahal dalam sejarah bola sepak – tahun lepas tetapi PSG sekali lagi tersingkir di pusingan kedua kali ini tewas kepada Real Madrid.

“Kami tewas kepada Real Madrid tetapi pemain menunjukka­n mereka mungkin masih pasukan terkuat di Eropah,” kata Emery apa- bila mengumumka­n pengundura­nnya.

Emery sebelum ini pernah meraikan kejayaan di Eropah bersama Sevilla apabila memenangi tiga kejuaraan Liga Europa berturut-turut dalam tiga musim penuh.

Arsenal mencari pengurus baharu buat kali pertama sejak dua dekad apabila Wenger mengumumka­n bulan lepas di mana beliau akan melepaskan jawatan pada akhir musim.

Kedudukan di tangga keenam di akhir musim Liga Perdana Inggeris, rekod terburuk Wenger bermakna Arsenal gagal layak ke Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut.

Bekas pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta, yang berada dalam pasukan kejurulati­han Pep Guardiola di Manchester City sejak dua musim terakhir, kelihatan menjadi calon utama dalam beberapa minggu yang lalu.

Arteta, yang bermain 150 kali bersama Arsenal di antara 2011 dan 2016, juga mendapat restu dari Wenger.

“Beliau seorang pemimpin, mempunyai minat mendalam dalam bola sepak, mengenali kelab dan tahu apa yang penting di kelab,” kata Wenger ketika memberitah­u penyiaran BeIN Sports.

Bagaimanap­un, kekurangan pengalaman pengurusan Arteta menyebabka­n beliau tidak begitu mendapat perhatian.

Karier bermain Emery tidak begitu menyerlah, lebih banyak di divisyen bawahan di Sepanyol selepas gagal mendapat tempat di Real Sociedad.

Bagaimanap­un, beliau membina reputasi jurulatih muda berbakat di Lorca dan Almeria sebelum memegang tugas lebih besar di Valencia pada 2008.

Walaupun mengalami masalah kewangan teruk di kelab ketika itu di mana pemain seperti David Villa, David Silva dan Juan Mata terpaksa dijual, Emery membimbing kelab ke tangga ketiga liga di belakang Barcelona dan Real Madrid untuk tiga musim berturut-turut.

Beliau ada membimbing Spartak Moscow untuk seketika tetapi tidak berjaya sebelum kembali ke Sevilla pada 2013. — AFP

 ??  ?? EMERY
EMERY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia