Utusan Borneo (Sarawak)

Martinez dikritik ketepi Nainggolan dari senarai skuad Belgium ke Rusia

-

BRUSSELS, Belgium: Belgium tidak menyenarai­kan pemain tengah, Radja Nainggolan untuk skuad ke Piala Dunia 2018, menurut jurulatih kebangsaan­nya, Roberto Martinez Isnin lepas.

Ketiadaan Nainggolan, yang menjaringk­an dua gol untuk AS Roma pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Liverpool bulan ini, adalah kejutan terbesar dalam senarai awal 28 pemain, yang akan dimuktamad­kan kepada hanya 23 pemain sebelum kejohanan.

Belgium akan berdepan England, Panama dan Tunisia dalam aksi Kumpulan G di Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 30 tahun itu bermain 30 kali untuk Belgium dan begitu popular di kalangan penyokong tetapi perhubunga­n beliau dengan Martinez tidak mesra.

Martinez berlepas ke Itali hujung minggu lepas untuk menjelaska­n pemilihann­ya.

Nainggolan kemudian mengumumka­n beliau bersara dari bola sepak antarabang­sa.

“Malangnya dan dengan rasa berat hati karier antarabang­sa saya berakhir,” kata Nainggolan menerusi akaun peribadi laman sosial Instagram.

“Saya sentiasa melakukan segala-gala yang saya mampu untuk mewakili negara saya. Menjadi diri anda sendiri kadang-kadang boleh menjengkel­kan orang lain.

“Dari saat ini, saya akan menjadi penyokong nombor satu.”

Martinez berkata: “Ia satu keputusan yang sukar dan menyedihka­n. Beliau adalah pemain dengan kelas tertinggi dan dipilih sebagai pemain terbaik Roma tetapi saya membuat keputusan saya berdasarka­n taktik permainan kami nanti.

“Saya sudah merangka satu sistem khas yang berfungsi. Saya tidak menggunaka­n Radja sebagai pilihan kedua.”

Menggantik­an tempat Nainggolan, Martinez memilih pemain berusia 21 tahun, Youri Tielemans, yang kurang menyerlah di kelab Ligue 1 Perancis, Monaco.

Keputusan tidak menyenarai­kan Nainggolan dikritik oleh bekas pemain antarabang­sa Belgium, Philippe Albert.

“Kita mungkin satu-satu negara di dunia yang berkunjung ke Rusia tanpa salah seorang pemain terbaik dunia. Ini bukan cara untuk menjadi juara dunia.”

Dan dalam beberapa jam selepas pengumuman itu, lebih dari 16,000 penyokong Belgium menandatan­gani petisyen mendesak Nainggolan disenaraik­an.

“Belgium memerlukan Radja untuk pergi ke Piala Dunia di Rusia! Salah seorang yang terbaik dan paling penting dalam pasukan Belgim!” menurut rayuan dalam Change.org. — AFP

 ??  ?? NAINGGOLAN
NAINGGOLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia